Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Julai 2018

Aksi Agung Sindir MP PAS, UMNO Keluar Dewan Cuit Hati Netizens.

"Ahli-ahli yang berhormat semua, sila duduk dan jangan lari," begitulah titah awal oleh Sultan Muhammad V sebelum baginda duduk di kerusinya bagi memulakan istidat pembukaan penggal pertama bagi parlimen ke 14 oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA selepas ini).

Aksi baginda itu kemudiannya dirakam dan disebarkan di laman sosial dan mendapat perhatian ramai netizens terutamanya dikalangan penyokong kerajaan Pakatan Harapan.

Ujang Bpj : "Agong pun boleh buat lawak sindir. Macam ni kalau Najib, Zahid, Hadi dan Ku Li masih tak faham juga tak tahulah. Lebih baik pencen dari jadi wakil rakyat. Besar kemaluan mereka. Tapi dah dasar muka tempe kena ketawalah sama. Satu dunia ketawakan kebodohan dan kebudak-budakan mereka".

Azroy Coolfever : "Wah sekali Agung titah sila duduk jangan lariiiiii.... berkicap rasanya terasa menusuk kalbu di jiwa sanubari tatkala serasa mimpi indah hihihi. Yang Di Pertuan Agung buat lawak..#cool..".

Shaari Md Ideris : "Menangis tak berlagu puak pembangkang. Kena sound tepat dengan YDPA".

Zedy Haji Abdul Razak : "Sebelah pembangkang KJ je nampak gelak. Yang lain senyum sumbing".

Arni Noor : "Video clip ini kena selalu ulang tayang bila sidang Parlimen akan datang ada yang keluar-keluar. Biar padan muka YB supaya yang pilih mereka tau apa yang mereka buat semasa Parlimen bersidang".

Hanim Seymour : "Sungguh memalukan sampai ditegur oleh DYMM Yang DiPertuan Agung. Malangnya mereka semua muka tebal. Boleh gelak bersama.."


Wajah Najib yang kesipuan juga kelihatan menerusi siaran secara langsung oleh RTM itu. Manakala Azalina dan Zahid dilihat ketawa besar selepas mendengar sindiran tajam dari YDPA.

Parlimen penggal ke 14 menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional menjadi pembangkang selepas dikalahkan oleh Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 pada 9 Mei lepas. - 17 Julai 2018.



Lihat video dibawah ini;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...