Sabtu, 21 Julai 2018

Razlan Akhirnya Minta Maaf Selepas Dikecam Bertubi-Tubi Kerana Menghina Kematian ADUN Balakong.

Razlan, bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan akhirnya meminta maaf secara terbuka selepas akur dengan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya kerana mengkritik kematian Adun Balakong, mendiang Eddie Ng Tian Chee.


"Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada rakyat Malaysia. Kurang lagi kaki fitnah, aman Malaysia, RIP!," tulis Razlan dalam satu kenyataan yang dipetik dari Twitter rasminya pagi jumaat.

Kenyataan Razlan itu kemudiannya menerima kritikan balas yang hebat dari warga maya malahan Khairy Jamaluddin dan Zahid Hamidi juga menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan Razlan.

Pada awalnya Razlan kelihatan mempertahankan tindakannya apabila ditemubual oleh Malaysiakini.

"Sebenarnya saya ucapkan selamat macam orang biasa ucap. Tak ada niat nak hina dia. Saya juga harap dia rest in peace (RIP) dalam kematian.


"Bukan nak hina dia selepas meninggal tapi apa dia nyatakan semasa dia hidup berkenaan dia menuduh (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak) dan orang-orang Umno (dengan gelaran) perompak apa semua, sedangkan benda itu tak ada kesahihan.

"Kemudian saya ucapkan semoga dia tenang di sana (RIP),"
katanya, memetik laporan Malaysiakini.

 
Bagaimanapun tindakan itu membuahkan lebih banyak kecaman yang boleh dibaca menerusi ruangan komen portal itu.


Steven Chew : "Tidak payah nak putar belit apa yang sudah keluar dari mulut. Niat dan hati yang kurang baik sudah terbukti, sikap bangsat dan samseng tetap walau apa pun. Baca dan telanlah apa yang orang komen terhadap anda, tiada komen yang salah atau silap atas kelakuan anda, itulah sebenarnya sikap anda".

Azizah Bt Ahmad Ahmad : "Anak didik bapa perompak memang kaki penipu dan selalu anggap diri mereka agung dan suci daripada dosa-dosa. Untuk makluman jangan pandang rakyat bodoh untuk mentafsirkan ungkapan biadap ko tu. Alasan yang ko beri tu secara kesimpulannya ko melahirkan rasa dendam kesumat ko terhadap mendiang dan happy dengan pemergian beliau. Apa yang ko lahirkan tu (RIP) tak melambangkan ketulusan. Sudah terang lagi bersuluh".

Peria Katak : "Apa pun jawapan.. kamu memang bangang Razlan... maksud ayat itu jelas kamu menghina.. kamu kena belajar dengan ellie suriaty camana penggunaan bahasa malaysia supaya lebih bersopan..".


Bagaimanapun selepas beberapa jam laporan itu tersiar, Razlan akhirnya meminta maaf. Seolah-olah akur dengan keterlanjuran kata-katanya.


“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang.

“Semoga tenang di sana,”
tulisnya di Twitter pada petang jumaat. - 21 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...