Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Julai 2018

3 Sebab Kenapa PAS Mahu Polis Menyiasat P.Ramasamy.

Kenyataan Media.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Tindakan penafian Dr P. Ramasamy (DAP) tidak cukup. Sebaliknya pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk menyiasat penglibatannya dengan kumpulan pemisah Tamil Sri Langka LTTE.

2. Bukan hanya PAS, tapi sebanyak 700 pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi semalam.

3. Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas.

4. PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan. Semalam, tiga perkara yang dikaitkan dengan beliau telah dikemukakan.

Pertama, mengenai gambarnya dalam satu mesyuarat berkaitan LTTE.

 
Kedua, gambarnya dengan En Vaiko di Pulau Pinang walaupun En Vaiko telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.

Ketiga, gambarnya dengan ADUN Bagan Dalam yang memberi penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47).

5. Justeru itu, PAS menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh.

6. Isu ini sangat berat kerana beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, memegang portfolio penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti politik DAP.

7. Kebimbangan itu berasas dan serahkan sahaja isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut. PAS juga mengucapkan terima kasih kepada individu dan kira-kira 700 wakil NGO yang bersolidariti dan telah membuat laporan polis semalam atas isu ini.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...