Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2018

Anina Kantoi, Guna Gambar 'Google' Kata Stor Seri Perdana Dipecah Masuk..

Bekas Ketua Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin nampaknya telah terkantoi. 

Ini berhubung dengan dakwaannya mengenai Seri Perdana yang telah dipecah masuk oleh pencuri berikutan tindakan Mahathir yang dianggapnya telah menzalimi hak Najib Razak dari mendapatkan semula barang-barang peribadi milik bekas Perdana Menteri itu.

Baca : Mana Anina Tahu Sri Perdana Dimasuki Pencuri?



Sambil menyalahkan Mahathir, Anina turut berkongsikan gambar yang kononnya menunjukkan insiden kecurian di tempat kejadian, iaitu Seri Perdana.



Menerusi semakan online, mendapati gambar yang dikongsikan oleh Anina bukannya merujuk kepada insiden kecurian sebaliknya suasana stor Seri Perdana selepas digeledah oleh pihak polis.

Gambar yang disebarkan oleh Anina sebenarnya telah dimuatnaik oleh portal Malaysia - Today, portal yang dimiliki oleh Raja Petra Kamaruddin pada bulan Jun 2018.

Portal itu dengan sengaja menyebarkan gambar itu atas tujuan menyindir tindakan pihak polis yang telah menyerbu Seri Perdana atas siasatan skandal 1MDB.

"(Inilah) Bukti yang disita dari kediaman Najib di Seri Perdana yang menunjukkan dia telah mencuri duit 1MDB sebanyak 42 billion," tulis portal tersebut secara sindiran tajam.

Selepas beberapa bulan berlalu, gambar itu kemudiannya telah digunakan semula oleh Anina dengan dakwaan baru yang kononnya Seri Perdana telah dipecah masuk oleh pencuri.

Polis bagaimanapun menafikan dakwaan oleh Anina itu. 

Di laman sosial pula, pentadbir halaman Suara Rakyat mempersoalkan motif sebenar Anina Saadudin. Berikut adalah penulisan Suara Rakyat;

Oleh : Suara Rakyat


PERSOALAN..


1) Benarkah gambar tersebut didakwa Anina adalah setor di Seri Perdana sekarang? SEDANGKAN.. gambar tersebut telah wujud & berlaku semasa serbuan (bukannya kena curi) oleh JSJK Bukit Aman pada 16 hingga 18 Mei lagi..

2) Benarkah gambar tersebut adalah stor di Seri Perdana?
Kenapa hodoh sangat rupa setor di Seri Perdana, Putrajaya seperti stor di kediaman biasa.. sedangkan kita maklum Kompleks Seri Perdana adalah satu kediaman yang besar & mewah.

3) Jika benar berlaku pecah rumah atau kecurian di Seri Perdana yang dilengkapi CCTV dan pondok kawalan yg ketat, kenapa TIADA LANGSUNG laporan polis dibuat ketika itu, semalam ATAU dua bulan yang lepas..

KENAPA tiba-tiba selepas dua bulan muncul berita stor di Seri Perdana kena dimasuki pencuri KONONNYA NAK MENUDUH Tun M zalim simpan barang-barang milik peribadi Najib??

4) Jika ia berlaku di Seri Perdana, bukankah rutin pemeriksaan akan sentiasa dijalankan di segenap penjuru Seri Perdana. Mustahil mereka yg bertugas memeriksa tidak tampak langsung setor di sana telah digeledah dimasuki pencuri..

5) Adakah Anina Saadudin cuba cipta cerita fitnah untuk menimbulkan persepsi buruk khususnya pada Perdana Menteri Tun Mahathir dan amnya kepada kerajaan PH?

6) Harap pihak berkuasa khususnya pihak polis dapat menyiasat dakwaan Anina Saadudin itu..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...