Oleh : Khairy Jamaluddin
Pagi tadi di Parlimen saya telah tanya Menteri Pendidikan berkenaan status salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan iaitu menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga gaji peminjam mencecah RM4 ribu sebulan.
Saya tanya samada kajian telah dibuat berkenaan tempoh purata yang diperlukan siswazah untuk mencapai gaji RM 4 ribu sebulan.
Dan berdasarkan kajian itu unjuran tanggungan kewangan bagi PTPTN dan kerajaan untuk melaksanakan janji tersebut.
Ini kerana jika ramai peminjam menangguh bayaran, PTPTN terpaksa meminjam duit untuk diberi kepada pemohon-pemohon baharu.
Pinjaman ini pula dijamin oleh kerajaan dan akan menambah contingent liability yang dikhuatiri Menteri Kewangan.
Dan akhirnya saya tanya “yes or no” samada janji ini akan dilaksana dalam tempoh berbaki 100 hari. Jawapan dari Menteri (lebih kurang) : “Kajian berterusan akan dilaksanakan.”