Rabu, 18 Julai 2018

Hidangan Daging Wagyu Hanya Untuk Tetamu VVIP Sahaja, Bukan Semua Ahli Parlimen Merasa..

Tular di laman sosial mengenai ciapan seorang pengguna Twitter, Duke Of KL yang mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan kerana menghidangkan menu daging semahal 2,000 di Dewan Rakyat walaupun negara sering dibayangkan bermasalah dek hutang menimbun.

"Hutang negara 'RM 1 Trilion'. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan #MalaysiaBaru," katanya dalam ciapan itu.


Individu tersebut juga berkongsikan beberapa gambar bagi mengesahkan dakwaannya itu.


Kesahihan mengenai gambar menu hidangan tersebut disahkan sumber kerajaan lapor Mstar Online hari ini.


Sumber itu berkata hidangan daging wagyu berkenaan bagaimanapun hanya disajikan untuk tetamu di meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Selain PM dan TPM, hidangan tersebut turut disajikan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja,” katanya, memetik laporan mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, untuk tetamu lain seperti Ahli Parlimen, Senator, menteri Kabinet, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan duta, hidangan secara bufet disediakan.

“Tempat duduk bebas. Hidangan bufet ada sate, murtabak, mi goreng, nasi goreng, wantan goreng dan siu mai goreng.

“Untuk pencuci mulut pula ada sandwich, sosej roll, puding dan kek mini,”
katanya.



Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata penyokong Pakatan Harapan tidak mempercayai hidangan daging wagyu itu benar-benar berlaku disebabkan ianya dimasak kicap. 



Malahan ada yang beranggapan menu tersebut mungkin disalah cetak. - 18 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...