Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2018

PH Tak La Sehebat Mana Pun Kata Ahmad Maslan - Menteri Keluar Awal Sebab Mesyuarat Kabinet.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan pada rabu mempersoalkan tindakan menteri-menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan yang katanya tidak berada di dalam Dewan Rakyat sedangkan masa perbahasan hanya tamat pada jam 5.30 petang.

Rakaman gambar mengenai perkara itu turut dikongsikan oleh wakil rakyat UMNO itu di laman sosial yang katanya diambil pada jam 4 petang.


"Jam 4 petang. Rabu. Sidang hari ini tamat 5.30 petang. Mana perginya Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan Pakatan Harapan? Dulu mereka pernah tanya, mengapa kami tidak penuhi masa dalam #DewanRakyat? Nampaknya mereka tidak sehebat mana pun. Harap ada perubahan lepas ini. Perlu ada giliran yang bertugas," tulis Ahmad Maslan dalam satu kenyataan yang dipetik dari Twitter rasminya.

Bagaimanapun, Zaharin Mohd Yasin, ahli UMNO Bandar Tun Razak menjelaskan tindakan menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan keluar awal kerana perlu menghadiri mesyuarat kabinet yang dijadualkan pada jam 2 petang, setiap hari rabu semasa Parlimen bersidang. Jika Parlimen tidak bersidang, mesyuarat kabinet masih pada hari rabu tetapi dijadualkan pada jam 9 pagi.

"Masa BN berkuasa sidang kabinet selalu di adakan pada pagi Rabu waktu Parlimen bersidang di tukar kepada Hari Jumaat. 

Di zaman Kerajaan PH.. sidang kabinet terus di kekalkan pada hari Rabu tetapi masanya di anjak dari jam 9.00 pagi ke jam 2.00 petang. 

Maka semua Menteri kabinet tidaklah berada dalam Dewan Rakyat dan terpaksa keluar awal untuk berkejar ke Putrajaya.. 

Sahabatku Ahmad Maslan siasat dulu dan baru keluarkan dalam media sosial. Belajar cara menyerang PH dengan saya, saya bagi latihan 10 minit aja," katanya dalam kenyataan itu.

Respon Zaharin turut senada dengan Khairy Jamaluddin yang mencadangkan mesyuarat kabinet seharusnya dijadualkan pada jumaat andai Parlimen bersidang.


Menurut KJ, ketika di zaman BN mesyuarat kabinet akan dilakukan pada hari jumaat semasa Parlimen bersidang dan ditukarkan semula ke rabu semasa Parlimen bercuti. - 19 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...