Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2018

Ustaz Kazim Muncul Di TV1 Meskipun Mendakwa Ada Pihak Menghalang Berceramah..

Penceramah bebas terkemuka, Ustaz Kasim Elias hari ini membuat penampilan di Forum Perdana Ehwal Islam dengan menjadi salah seorang panel jemputan dalam program itu.

Ustaz Kazim sebelum ini pernah mendakwa ada pihak yang cuba menghalangnya dari menyampaikan ceramah sekaligus menyebabkan Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Barakah, Manjoi miliknya terjejas.


Ustaz Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat tersebut berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menjual sebahagian unit bangunan berkenaan selepas menghadapi masalah kewangan apabila tidak dibenarkan berceramah.

“Pusat ini memerlukan kira-kira RM150,000 sebulan bagi menampung kos keseluruhan yang menempatkan 100 orang pelajar.

“Saya terpaksa membuat keputusan menjual Unit Tahfiz bagi menampung kos pentadbiran dua unit lain iaitu Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok untuk dewasa,”
katanya dalam satu temubual bersama media pada awal bulan Julai yang lalu.



Meskipun tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan itu, Pakatan Harapan Perak kemudiannya membuat kenyataan pihak kerajaan negeri tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menyampaikan ceramah ini termasuklah Ustaz Kazim Elias. 

Ustaz Kazim Elias sebelum ini sering memberikan bayangan menyokong UMNO Barisan Nasional dan pernah mengkritik Pakatan Harapan secara langsung ataupun tidak langsung.

Oleh itu ketika mendakwa dirinya dihalang dari berceramah, Pakatan Harapan diserang oleh sekumpulan netizens yang menyokong Ustaz Kazim Elias, dan ini memaksa kerajaan negeri tampil bagi memberikan penjelasan.

Bagaimanapun isu mengenai halangan berceramah dan mahu menjual pusat tahfiz telah senyap dan tiada apa-apa kenyataan susulan mengenainya dibuat oleh Ustaz Kazim Elias setakat hari ini. - 19 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...