Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2018

Penerangan Awani Salah, Ini Penggiraan GST vs SST Yang Betul - Syahir.

Oleh : Syahir
 

Dulu Awani terangkan bagaimana hutang negara boleh dikurangkan dengan meminjam daripada Jepun.

Penerangan tersebut bukan sahaja salah daripada fakta, tetapi juga mengelirukan orang ramai.

Semalam, Awani sekali lagi membuat penerangan bagi pihak Kerajaan kali ini tentang SST vs GST

Penerangan tersebut sama dengan infografik yang viral di dalam Whatsapp dan media sosial semalam yang menunjukkan pengiraan SST 10% vs GST 6%.

Masalahnya bukan sahaja pengiraan itu salah, ia juga salah dari segi pemahaman tentang GST.

Dalam penerangan Awani dan infografik tersebut tidak menunjukkan bahawa peniaga boleh menuntut kredit cukai input daripada Kastam (Kerajaan).

Sebarang GST yang dibayar oleh peniaga boleh dituntut daripada Kastam.

Senang cerita peniaga tidak menanggung kos GST seperti penerangan Awani dan infografik tersebut.

Saya lampirkan pengiraan sebenar SST vs GST menggunakan harga yang sama dalam infografik yang diviralkan.




Saya harap Awani lebih berhati-hati apabila menerangkan perkara sebegini. Anda berisiko mengelirukan 30 juta rakyat Malaysia yang menonton penerangan anda.

Gajikan seorang in-house pakar kewangan atau ekonomi yang boleh dirujuk sebelum membuat penerangan yang salah dan mengelirukan.

Tugas media yang bebas bukan menjadi jurucakap Kerajaan, tetapi mempersoalkan tindakan Kerajaan dan biar rakyat menilainya sendiri.

Rujukan - GST vs SST, Mana lagi murah? - Astro Awani : http://www.astroawani.com/…/gst-vs-sst-mana-lagi-murah-2358

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...