Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Julai 2018

Sivarasa Pengerusi Baru MARA? Itu Cerita Tak Betul..

Semalam laman sosial kecoh dengan penyebaran maklumat kononnya Sivarasa K. Rasiah dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baru.

Tidak hanya didakwa dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baru, Sivarasa turut didakwa telah mencadangkan agar MARA dibuka kepada semua kaum.


Dakwaan itu timbul berikutan penyebaran gambar Sivarasa yang hadir bermesyuarat berlatarbelakangkan bilik pejabat MARA.


Ia pada awalnya dikesan mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebelum membawa ke Facebook.

Sivarasa kononnya didakwa telah bertanyakan soalan, "Dalam taklimat kepada MARA hari tu dia boleh persoalkan tak boleh ke MARA dibuka untuk semua?," di dalam mesyuarat tersebut, tulis mesej WhatsApp itu.

Dalam satu kenyataan kepada media, Sivarasa menafikan beliau ialah Pengerusi MARA yang baru sebaliknya hanya hadir mendengar taklimat memandangkan beliau ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan MARA terletak dibawah kawalan Kementerian berkenaan.


Berhubung cadangan membuka MARA kepada semua kaum pula, Sivarasa menjawab isu tersebut tidak berbangkit.

"Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat.


"Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat,"
katanya.

"Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

"MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan,"
katanya.

Ketika ditanya keputusan dan perancangan beliau berkaitan sistem kuota sedia ada, Sivarasa enggan mengulas lanjut.

"Isu 'keputusan' tidak berbangkit. Dasar ini sudah lama," katanya lagi. - 21 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...