Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Julai 2018

Sri Perdana Dipecah Masuk, Barang-Barang Najib Dicuri Kata Anina.

Anina Saadudin, bekas anggota Wanita Umno Langkawi mendakwa berlaku kecurian yang membabitkan barang-barang peribadi Najib di Sri Perdana menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya pada selasa.

Sambil berkongsikan gambar yang merujuk kepada stor di Sri Perdana, Anina turut menyalahkan Mahathir sebagai punca berlakunya insiden tersebut kerana Mahathir dakwanya telah menghalang Najib dari mengambil semula barang-barang miliknya di Sri Perdana.



Anina juga menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai zalim.
 

"YAB Perdana Menteri Malaysia,

Saya nak maklumkan kepada Tun bahawa ini adalah gambar stor di Sri Perdana sekarang.

Tun tengok lah sendiri apa yang jadi? Disebabkan Tun tak bagi DS Najib ambik barang-barang peribadi beliau, maka ianya kini telah dimasuki pencuri yang mengambil barang-barang tersebut.

Kenapa zalim sangat tindakan Tun ni? Itu barang-barang milik peribadi. Begini kah layanan kepada seorang bekas Perdana Menteri? Apakah ini sikap seorang pemimpin negara yang mahu Tun tunjukkan kepada generasi muda? Bukan kah mereka yang mengundi Tun hari tu?

Saya percaya apabila Tun berusia 193 tahun pada tahun 2118 nanti, dan ketika itu stor rumah Mukhriz dibiarkan begini, Tun pasti akan gulingkan kerajaan sekali lagi untuk jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 36.

Masa tu kami semua dah mati, Tun. TSMY pun dah mati. Zaid Mat Arip yang tak cukup inci tu pun dah mati. Si kelepet tua ABY tu pun dah mati. Tinggal keluarga dan anak beranak Tun saja yang tongkat langit.

Jadi Tun, tolonglah suruh inspektor sahab buat siasatan tentang perkara ni. Tu spider tu Tun jangan naik pulak. Satgi kalau Tun jatuh motor, sapa nak selamatkan negara Malaysia tercinta ni,"
katanya dalam satu kenyataan.


Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Asisten Komisioner Rosly Hassan dipetik sebagai berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai dakwaan itu.

"Di mana dia dapat cerita ini? Setakat ini, pihak polis belum lagi menerima sebarang laporan," katanya. - 18 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...