Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Julai 2018

Jangan Lupa Tahun 1999, DAP Pun Keluar Dewan Bantah Perlantikan Speaker - MCA.

Oleh : Malaysiakini

Selepas dikritik kerana menyertai pembangkang lain keluar dewan ketika hari pertama sidang Parlimen ke-14 semalam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi peringatan bahawa DAP dan parti pembangkang lain pernah berbuat perkara sama pada 1999.




 
"Jangan lupa insiden sama yang berlaku di Dewan Rakyat pada 1999. Ketika itu, DAP bersama PAS dan parti pembangkang lain juga keluar dewan.

"Apa penjelasan (MP Iskandar Puteri) Lim Kit Siang untuk hal ini? Jika wakil rakyat pembangkang mengambil pendirian sama dalam sesuatu isu, tidak timbul soal siapa yang ikut siapa,"
katanya dalam kenyataan hari ini.

"Hakikatnya HARAPAN berbohong dalam kontroversi di Parlimen semalam.

"Sebagai wakil rakyat senior, Lim bukan saja gagal mengecam, malah cuba menutup kesalahan. Kebanyakan orang tidak setuju dengan tindakannya,"
katanya lagi.

Kejadian 19 tahun lalu
Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 20 Disember 1999, presiden PAS ketika allayarham Datuk Fadzil Noor mengetuai pembangkang untuk mempersoalkan keabsahan mengadakan sidang Parlimen pertama selepas PRU ke-10.

"Kabinet hanya bertemu pada 15 Disember, manakala notis sidang dikeluarkan pada 13 Disember. Soalannya siapa yang menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan parlimen perlu bersidang hari ini.

"Oleh kerana ini melibatkan peruntukan dalam perlembagaan, ini perkara serius dan sidang tidak sah, dan nasihat saya agar ia ditangguhkan,"
kata Fadzil seperti dipetik.

Kata-kata itu ketika acara angkat sumpah, semasa setiausaha parlimen ketika itu Mohamed salleh Hassan membaca pengisytiharan Agong.

Blok pembangkang ketika itu - PAS, DAP, PKR dan Parti Bersatu Sabah - juga dilaporkan mengganggu pemilihan Tun Mohamed Zahir Ismail sebagai speaker.

Sebaik saja Mohamed Zahir duduk dan cuba menenangkan keadaan, kesemua 43 anggota parlimen pembangkang dilaporkan keluar dewan sebagai tanda protes.

Mereka masuk semula sejam dan 45 minit kemudian untuk mengangkat sumpah.

'Jangan ikut buta-tuli'

Semalam, hampir semua anggota parlimen BN dan PAS keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas mempersoalkan kesahan pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker baru.

Mereka kembali sejam kemudian untuk mengangkat sumpah.

Lim kemudian berkata beliau bingung dengan tindakan itu dan menggesa mereka tidak mengikut tindakan pembangkang dulu secara semberono.

"Mereka perlu ada sebab yang jelas, wajar dan boleh diterima untuk keluar dewan, bukan seperti tindakan mengaru mereka pagi ini," katanya semalam.

MCA buat keputusan sendiri

Liow berkata, keputusan untuk satu-satunya anggota parlimen MCA iaitu Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menyertai tindakan itu diputuskan parti.

Katanya, partinya mahu mempertahan demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan memutuskan untuk membantah pelanggaran aturan mesyuarat berhubung pelantikan speaker.

"Malangnya, Lim mengalihkan perhatian dengan mendakwa PAS telah mengetuai Umno, MCA dan MIC untuk keluar dewan.

"Itu hanya dakwaan liar. MCA kekal dengan pendirian sendiri. Kami keluar dewan kerana mempertahankan prinsip,"
katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...