Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Julai 2018

Ini Perbandingan Yang Tepat Antara SST & GST - Isham Jalil.

Oleh : Isham Jalil

PERBANDINGAN YANG BETUL ANTARA 10% SST DAN 6% GST (RUJUK SISTEM PERCUKAIAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA)

Cukai 6% GST terhadap kos input yang dahulu dikenakan kepada pengilang, pemborong dan peniaga semua boleh di-claim semula dan dibayar balik oleh Kerajaan. 



 
Hanya 6% terakhir sahaja cukai yang efektif kepada pengguna. Oleh itu, harga terakhir barang kepada pengguna sebenarnya lebih tinggi dengan 10% SST berbanding dengan 6% GST.

Dan secara efektifnya, dengan penggantian 10% SST daripada 6% GST, ianya adalah peningkatan cukai jualan sebanyak 66% yang dikenakan oleh Kerajaan kini kepada rakyat.

Dan oleh kerana dengan SST pengeluar dan penjual tidak lagi perlu isytihar kos input pengeluaran mereka berbanding dengan GST dahulu, maka ini memudahkan mereka kini untuk mengambil kesempatan dan menaikkan harga sesuka hati, dan juga mengelakkan mereka daripada menyerahkan “cukai” jualan SST yang dikutip oleh mereka (penjual) daripada rakyat kepada Kerajaan. 


Oleh itu dengan SST, harga barang akan meningkat naik tetapi kutipan sebenar cukai jualan yang diterima oleh Kerajaan akan menurun. 

Sebab inilah hampir semua kerajaan di seluruh dunia menggunakan GST dan meninggalkan SST. Kecuali Kerajaan Malaysia Baru kita kini..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...