Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Julai 2018

Najib Bukannya 'Turun Pangkat..' - Nooryana Najwa.

Oleh : Malaysiakini

Biar apa pun dikata orang, kemunculan Datuk Seri Najib Razak di blok pembangkang Dewan Rakyat tetap tidak menjejaskan kedudukan beliau di mata orang lain, terutama anaknya sendiri.




Pada pandangan Nooryana Najwa Najib apa yang berlaku mulai semalam tidak lebih daripada permulaan pengalaman baru buat bapanya - bekas perdana menteri keenam Malaysia.

Malah kata Nooryana, Najib bersedia bersama-sama menyelesaikan masalah yang ada serta berkongsi pengalaman dan kepakarannya dengan pihak yang memerlukan.

"Dan yang paling penting menyediakan (mekanisme) semak dan imbang yang akan datang bersama demokrasi matang," katanya melalui hantaran di Instagram.

Sidang Dewan Rakyat bermula untuk kali pertama semalam selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menafikan BN daripada terus membentuk kerajaan selepas 9 Mei lalu.

Pilihan raya umum yang berlangsung itu juga menyaksikan ramai pemimpin kanan BN kecundang. Bagaimanapun Najib tetap terselamat di kerusinya di Pekan.

Keadaan itu menyaksikan beliau ditempatkan di bahagian pembangkang dalam Dewan Rakyat. Najib ditempatkan di kedudukan kedua selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai ketua pembangkang.

Najib - yang kini berdepan dengan tuduhan jenayah dan salah guna kuasa di mahkamah - merupakan bekas perdana menteri serta presiden Umno yang pertama menjadi pembangkang di parlimen.



 
Kata Nooryana kemunculan Najib di Dewan Rakyat semalam adalah detik sejarah negara apabila bekas perdana menteri duduk di blok pembangkang.

"Sesetengah orang mungkin menganggap peranan barunya ini (menjadi pembangkang) sebagai turun pangkat... tapi bukan untuk lelaki ini," katanya.

Sebagai anggota pembangkang bertanggungjawab kata Nooryana bapanya akan terus memberikan sumbangan sepenuhnya untuk membantuk seluruh rakyat Malaysia dan memastikan tiada sesiapa terpinggir.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan ayah dan rakan seperjuangan dengannya esok dan hari-hari berikutnya,"
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...