Jumaat, 20 Julai 2018

Mereka Masih Merasa Dunia Ini Adalah UMNO Yang Punya - Syed Azidi Aziz.

Oleh : Syed Azidi Aziz
 

Parlimen

Waktu usia saya 18 tahun, saya pandu Ahli Parlimen tunggal PAS ke Dewan Rakyat. Satu hari, Arwah begitu bersemangat beritahu saya bahawa dia akan berada lama di parlimen kerana akan terlibat dalam perbahasan pagi itu.

 
Malangnya belum sempat saya parking kereta, beliau keluar dari Dewan dan meminta saya hantar beliau ke Bangi, rumah anak beliau yang sekarang TMB Kelantan. Di dalam kereta beliau meluahkan rasa kecewa bahawa perangai ahli YB kita seperti budak nakal di stesen bas (quote him).

Esok bila saya baca akhbar baru saya tahu apa yang berlaku. Ketika beliau bersuara dalam dewan, beliau di arah ke DBP oleh YB-YB BN untuk belajar bertutur Bahasa Malaysia dengan betul 🤣. Dewan gamat. Dengan macam-macam cemuhan.

Saya juga ingat perangai-perangai ahli dewan seperti Mahfuz Omar yang menendang kerusi dan huru hara yang ditimbulkan oleh ramai YB pembangkang selepas Pilihanraya 1999.

Apabila UMNO menjadi pembangkang di Parlimen, kita dijanjikan pembangkang yang matang. Saya yakin ia mampu kerana YB UMNO asalnya dari Kerajaan selama berdekad-dekad lamanya. Dan setelah kehilangan kuasa, sudah tentu bebanan ke atas mereka untuk membuktikan mereka masih yang terbaik.

Saya silap.

Mereka masih merasa dunia mereka adalah UMNO dan mereka hanya perlu puaskan nafsu serakah penyokong UMNO.

Kesilapan yang berlaku dalam UMNO sejak Abdullah Badawi menjadi presiden dan kini nampaknya akan diteruskan kepimpinan baharu. UMNO hanya perlu sokongan ahli UMNO. UMNO tidak perlu sensitif kepada rakyat lain. Biarlah apapun perasaan rakyat pada UMNO, peduli apa. Yang penting orang-orang UMNO lihat mereka bagus.

Sebenarnya, ramai juga ‘orang-orang UMNO’ yang mahu perubahan dan mahu kematangan. Ramai juga yang bukan kaki kipas. Ramai juga yang bukan lembu dicucuk hidung.

Ya, YB Lenggong, Parit Sulong dan Kuala Krau akan terus menang dan menang dalam pilihan raya akan datang seperti YB Padang Rengas Nazri Aziz. Tetapi kesan dari perangai beruk kena belacan inilah yang menghakis sokongan dan undi yang UMNO terima di tempat-tempat lain sehingga akhirnya kita duduk di bangku pembangkang.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul bagi yang mahukan perubahan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...