Surat terbuka kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia.
UEC bukan soal Bahasa Melayu dan kedudukan bahasa Kebangsaan Malaysia.
Apa-apa 'dasar holistik' dan komprehensif mengenai sistem sekolah mesti menolak pengasingan (segregation) wargnanegara pada mana-mana peringkat pendidikan.
Kini dan selama hampir 61 tahun, sistem pendidikan sekolah di Malaysia tidak pernah komprehensif dan holistik seperti yang YB sebutkan.
Lebih elok Kementerian fikirkan dan merancang satu sistem persekolahan Malaysia di mana semua warga diajar dan dididik satu bahasa, satu identiti, satu pandangan alam negara bangsa dari tahun satu ke atas - tidak ada sekolah Cina, tidak ada sekolah Tamil dan tidak ada sekolah Tahfiz, dan lain-lain sistem pengajaran.
Jika kita masih ada UEC, sekolah Cina,
Sekolah Tamil dan Sekolah Tahfiz, dan sekolah kebangsaan, maka kita merangka, dan mengekalkan 3 bangsa dan tiga negara dengan kepatuhan kepada tiga jenis institusi negara yAng berbeza.
Dalam keadaan itu, kita menjadi penyebab kepada 'alienation' warga negara Malaysia. Ini telah dibuktikan dalam orientasi sekolah cina persendirian dengan UEC nya.
Proses Sinicization (penchinaan) sedang berlaku sekian lama dalam sistem pendidikan, avatar sejarah dan budaya di Malaysia. Dengan itu kita kembali kepada isu ini yang membatasi bahasa.
Kewujudan UEC sedang menghasilkan sekumpulan kaum china yang bercakap mandarin, berkiblat kepada budaya dan sejarah Taiwan/China, mematuhi institusi budaya tersebut, tidak faham dan tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, menolak nilai dan arus perdana nasional, mengasingkan diri dari budaya dan ethos nasional, tidak ada kepatuhan kepada 'grundnorm' (peraturan-peraturan dasar) negara bangsa Malaysia.
Satu sistem pendidikan akan dapat mengelakkan ekstremisme perkauman di kalangan kita. Negara akan berpecah belah kerana tunjang pemikiran dan sentimen, serta sejarah tidak berpadu.
Apakah wajar kaum minoriti mentakrif negara untuk kaum majoriti?
Prof. Dato' Dr. Ahmad Murad Merican, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPris), Universiti Sains Malaysia.