Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Ogos 2014

Ini Jawapan Khalid Kepada Ambiga, PKR & DAP - Kemaskini Terbaru Krisis Selangor.

Catatan 11/8.


Terkini dalam perkembangan krisis MB di Selangor.

1. Ambiga, beberapa pemimpin PKR dan DAP mempersoalkan apa buktinya Khalid mendapat sokongan majoriti adun untuk terus menjadi menteri besar di Selangor. Mana boleh suka2 cakap ada sokongan tanpa membuktikan perkara itu.

2. Maka, jawapan Khalid kepada mereka ialah DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMBAWA USUL UNDI TIDAK PERCAYA DI DALAM DEWAN. Jika dewan mahu memecat dia, maka dia akan hormatila keputusan yang telah dibuat oleh dewan sebulat suara. Sehingga tiada apa2 tindakan yang membuatkan jawatan dia terlucut, dia akan berkhidmat seperti biasa.

3. Bagi aku, saranan Khalid ini sangat tepat dan wajar. Bertenang la dan tolong buat usul undi tak percaya. Kalau Khalid tersingkir, maka PKR boleh lantik orang lain. Jika tidak? Hormati sudah.

4. Dalam berita kat Awani tadi, Khalid juga mengulas isu dia mahu memasuki PAS. Khalid kata dia akan mempertimbangkan saranan itu namun dia perlu membersihkan dulu tuduhan2 yang dilemparkan ke atasnya. Bila semua nya sudah selesai dia akan memikirkan perkara tersebut.

5. Bagi aku, cerdik juga jawapan si Khalid neh. Aku bukan kata part dia ulas pasal PAS. Tapi pasal tuduhan2 itu. Nampak dia matang disitu.

6. Dalam Awani tadi, mereka ada melaporkan bahawa yang bersidang membincangkan jawatan Khalid ialah dari wakil2 kepada Sultan Selangor. Termasukla dari MAIS dan MUFTI SELANGOR. Tak dengar nama Sultan Selangor disebut. Kalau aku terlepas dengar, betul kan ye. Ada juga maklumat yang Sultan Selangor berada di luar negara.

7. Majlis penasihat raja ini memang bertindak untuk membuat keputusan mewakili sultan Selangor atas satu2 isu dan ianya memang mendapat perkenan sultan ataupun dalam persetujuan raja.

8. Sungguh pun aku bukan pro monarki tapi aku ulas melalui sistem yang kita gunapakai. Aku menghurai sistem yang sedang digunakan tapi tak semestinya aku bersetuju dengan sistem itu, tolong faham.

9. Kalau ikut sistem perlembagaan undang2 tubuh negeri, apa yang diperbuat oleh Khalid dah memang termaktub dalam perundangan negara. Ikut protokol la orang kata.

10. Bila Khalid mahu membuang mana2 EXCO yang tidak mahu bekerjasama dengannya juga adalah tepat berdasarkan kedudukan dia. Macam mana dia nak buat kerja kalau EXCO yang ada tak boleh nak uphold prinsip2 pentadbiran yang dia mahu laksanakan. Betul?

11. Adalah amat tepat bila PKR dan DAP berambos saja dari jawatan itu. Kalau benci Khalid jangan la duduk dalam pentadbiran Khalid. Simple as that. Tunjukkan konsistensi kebencian korang. Lagipun belum tentu tak berhasil. Esok lusa bila Khalid tersingkir melalui undi tak percaya korang mungkin dilantik balik. Ini la politik. 

HA HA HA

12. Kedudukan DUN di Selangor ikut pecahan parti ;

PAS = 15
BN = 12
PKR = 13
DAP = 15
BEBAS = 1

Jika PAS dan BN bersama Khalid maka 28 untuk Khalid. Masih bukan majoriti. 28 juga untuk PKR dan DAP. Cuma kedudukan speaker tue aku confuse sikit. Ada yang kata cannot count. Ada yang kata boleh. Entahla.

13. Pilihan yang Khalid ada ;

- Bekerjasama dengan UMNO = mendedahkan kepada kemungkinan dipergunakan oleh UMNO untuk melawan PR. Yang neh boleh mengundang kebencian rakyat yang anti BN. 

- Berhenti dan bersihkan imej menggunakan ruang undang2 yang sedia ada. Sementara itu bekerja sebagai ahli parlimen dan adun di kawasan yang dia wakili. Boleh bawa usul2 yang menjejaskan rakyat. Juga boleh bertindak mempertikaikan PR di Selangor jika mereka salah urus tadbir negara. (BTW, PAS Kedah & kes tanah di Kelantan MEMBERIKAN GAMBARAN bahawanya PKR DAN DAP tak bersih).

- Bubar DUN. Yang neh akan rugikan masa dan wang pembayar rakyat. Rakyat juga akan terkesan dari segi emosi. Boleh jadi ada yang sokong. Boleh jadi ada yang tak sokong.

- Teruskan mentadbir Selangor dengan hanya berpegang kepada sokongan padu dari PAS. Lebih banyak cabaran2 yang akan dihadapi contohnya PAS Selangor terpaksa tadah telinga kena tuduh UG sana UG sini setiap keputusan pun dikaitkan dengan UG, makan pun UG, tidur pun UG, solat pun UG, mati pun UG, bernafas pun UG sampai satu tahap jika tekanannya melampaui batas PAS mungkin bertindak berambos dari kerjasama dengan PR. Segala2nya adalah UG semata2. UG ada isu. Ada asas. Tetapi bukan setiap masa adalah UG. UG juga digunakan untuk mengalihkan tumpuan (tutup masalah) dari rakyat memikirkan masalah2 yang dibuat oleh PKR kepada PAS. 

Aku neh tak suka membuat penilaian tidak adil dan berat sebelah. Bagi aku setiap partisan bermasalah tapi untuk mengatakan hanya PAS paling teruk itu bohong. Walaupun aku berusaha kuat untuk tipu orang lain dan tipu diri aku tetapi sayangnya aku tak boleh tipu fakta dan tak boleh tipu tuhan. Hakikatnya, semua parti pun ada masalah yang tersendiri, terima hakikat itu dan perbaiki masalah kita. Jangan alihkan masalah kita ke atas orang lain hanya semata2 nak kalih tumpuan ataupun nak cipta persepsi. Percaya cakap aku. Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, dan mana2 pemimpin tidak akan berada disitu untuk kau bila kau mengadap tuhan kita nanti. Okay?

Ada penanda aras yang kita perlu tetapkan untuk pastikan sejauh mana kita patut melangkah demi manusia. Tolong tetapkan bagi pihak masing2 ye.

Apa pun pilihan yang Khalid ada tak banyak. Hanya berhenti ialah satu2 nya cara yang Khalid ada untuk elakkan masalah dari berpanjangan. Ia akan menyakiti ahti Khalid. Khalid rasa terfitnah dan terjejas dari segi emosi dan kredibliti. Tapi manusia yang jahat tidak akan terlepas dari hukuman. Masa akan membuktikan kebenaran. Jika Khalid mahu bertahan sekalipun, minta tolong, jangan berpaut pada tangan musuh. Itu sahaja harapan aku.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...