Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Sembang Kedai Kopi Kenapa Anwar Nak Sangat Wan Azizah Jadi MB Selangor Dari Ahli Mengumpat Politician.

Sejak2 MB Khalid dipecat dari jawatan. Tak senang duduk aku dibuatnya. Jari gatal nak mengumpat. Mulut apatah lagi. Badan siap mengeletar2 lagi bila tak dapat mengumpat satu saat. Sah sawan. Try p hospital. Jumpa doktor.

Maaf ye.

Kenapa doktor? Apa benda maaf nya pula neh?

Takde mana2 doktor di dunia ini pada masa ini mahupun pada masa akan datang dapat mengubati penyakit awak.

Kenapa? Seriyus sangat ke doc? Please doc, please don't make me suffer like this doc.

Nak cakap seriyus tak seriyus tue pun saya tak boleh bagi jawapan. Belum lagi ada mana2 doktor dalam dunia neh mempunyai kepakaran untuk mengubati penyakit awak kerana ianya agak ganjil dan boleh saya katakan, adalah yang pertama di dunia. Balikla. Baca doa banyak2. Apa yang perlu diperbetulkan, betulkan. Taubat. Solat jangan tinggal. Bersyukur aje dengan penyakit yang awak miliki. Anggap ia ujian dari Allah ye.

Maka. Aku pun melangkah dengan penuh kekeliruan. What the hell doktor tue. Kalau aku satu2nya pesakit yang mempunyai penyakit ini, bukan kah aku RARE? Jadikan la aku eksperiment kot ye pun. Luah aku dalam nada yang sangat sangat sangat sangat kecewa. Itupun luah kat pondok telefon. Tatau la berapa lama pondok telefon tue peratikan aku. Tapi agak lama gak aku bersandar kat pondok telefon yang static tue beb.

Sawan macam nak datang. Rasanya macam nak kena mengumpat. Sebelum mati kesawanan aku kena mengumpat. Demi menyelamatkan diri aku melakukan ini. Jangan nak fikir negatif sangat. Jadi manusia sangka baik mao ada ma. Dan secara kebetulan. Yang amat amat amat kebetulan yang kebetulan punya kebetulan. Aku ternampak pula si Muhammad Aliff Haikal. OoOoOOOoo budak neh la yang baru carik pasal kat wall Rafizi Ramli baru2 neh. Tatau la kalau dah kena ban ke blom. Kalau dah, padan la muka. Nampak dia berjalan2 dengan budak yang nama dia Kaca Mata dan juga Muhammad Aqbar Shah Kki. Kalau nak tahu, Kiki Kamaruddin tue idola si budak Aqbar tue. Mula2 marah lama2 terpikat. Padan la orang dulu2 suka cakap. Jangan benci2 sangat. Satgi terpikat. Aku rasa si Aqbar mungkin dah kena sampuk dengan nasihat tue agaknya.

Btw, aku panggil la si mereka bertiga. Oi, korang. Sini kejap. 

Apa2 oi sini kejap. Ko dah minta Ali Abu ka guna trade mark dia? Balas Aliff.

Maaf, blom plak. Lagipun, ada aku kesah? Aku suka mencuri. So lantak kat aku la. Ini aku nak kena mengumpat neh, korang kena selamatkan nyawa aku. Kita jadi kawan tak boleh pentingkan diri beb.

Maka kami berempat pun bersetuju untuk mengumpat demi menyelamatkan nyawa aku. Tajuk pilihan ahti kami selepas bergaduh bertumbuk sampai baling kerusi ialah membincangkan isu seriyus kenapa Anwar nak sangat jadikan Wan Azizah MB. Kami mempunyai banyak spekulasi dan konspirasi yang bermain2 di otak dan akal suci kami yang tak terjebak dengan permainan politik yang kotor.

Hasil pengumpatan kami menghasilkan beberapa senario. Btw, kalau nak printscreen ke apa ke aku tak kisah cuma aku harap royalti jangan lupa. Faham2 la. Aku tak minta juga tak paksa tapi hidup mao reti malu ma.

Senario pertama.

- Senario Pak Faisal - Anwar nak kan kerusi MB untuk beli ahli parlimen BN supaya boleh jatuhkan kerajaan BN dan jadi PM untuk memastikan BN tak perangkap dia dengan memasukkan dia dalam penjara. Anwar dalam keadaan terdesak dan dia berjaya memujuk DAP untuk bersama2 dia. Cuma, PAS ragu2 untuk membenarkan tindakan dia atas beberapa sebab yang aku rasa malas nak taip kat sini (sekadar alasan padahal aku pun tatau kenapa).

Senario Nurul Izzah.

- Ada yang cakap demi menyelamatkan kedudukan dan maruah Nurul Izzah dalam PKR maka DSAI perlukan kuasa untuk memastikan sesiapa yang berniat menjatuhkan Nurul Izzah akan gagal. Bila Anwar masuk penjara, DSWA ada di sana untuk selamatkan anak mereka. Kasih sayang seorang bapa kepada anak hingga sanggup cemarkan kredibliti sendiri. Apa kisah maruah tue? Kami berempat memutuskan tak berminat nak dedahkan sebab benda neh langsung takde kaitan dengan hidup kami apatah lagi tak terbukti benar. Ia sekadar berlegar2 di kalangan aktivis dan partisan. Yang tahu tue, tahu la.

Senario bargain.

- Anwar akan dibicarakan pada berapa ogos tah untuk kes pertuduhan liwat. Anwar sangat yakin dia akan ke penjara untuk kes itu. Itu sebab DSAI tak boleh tunggu sehingga NOV untuk jatuhkan Khalid. Khalid plak tak boleh dijadikan badut untuk bargain dengan UMNO. Bahkan tiada sesiapa pun boleh dijadikan badut untuk selamatkan DSAI dari pintu penjara melainkan DSWA yang DSAI percaya takan mengkhianat amanah, perintah dan kepercayaan dia. Begini. Jika DSAI nak sangat jawatan MB, maka dia sendiri bertanding jadi adun di Selangor pada PRU ke 12 ataupun 13. Tapi kenapa dia tak buat macam tue? Ia rupa2nya berubah ikut keadaan mereka. 

Pada mulanya Khalid setakat berdegil. Sesuatu yang PKR boleh bersabar dengannya. Kemudiannya ia bermula bila geng2 PKR terasa tidak mendapat bahagian yang sepatutnya selepas berjuang bermatian2 demi memenangkan PKR. Maka, ia sekali lagi menguris perasaan ahli2 parti. Mereka mahu Khalid ini BERAMBOS segera. Kesalahan dan perkara2 yang mencemarkan intergriti Khalid mula dikumpulkan. Satu plan mula dirancangkan. Maka pada PRU ke 13 mereka mahu Khalid tidak lagi menjadi MB. Tapi entah macam mana perancangan tidak berjalan sepertimana yang diharapkan, sekali lagi Khalid menjadi MB di Selangor. Dan krisis dalaman PKR semakin meruncing. Geng2 Azmin paneh ahti dengan Khalid. Anwar pening kepala dok fikir. Ah semua benda aku nak urus. Mampos p la korang semua. Biar aku jadi MB dan korang gaduh la sampai mati. Aku dah malas nak amek port dengan korang punya isu.

Itu mungkin keadaan pertama. Tapi masuk pula keadaan kedua. Yang lebih mendesak DSAI untuk tak boleh tidak, untuk mendapatkan kerusi MB itu. Seperti yang kita tahu, kejatuhan Selangor menyebabkan BN bergenang air mata 100 bijik kawah melihatkan aset emas itu jatuh ke tangan PR. Apa sudah jadi ini. BN meronta2 pilu tapi tak boleh nak buat apa. Hanya memerhatikan dari jauh Selangor terbang kepada PR buat kali kedua. Itu sebab BN berusaha jadi baik untuk mendapatkan mandat dan kepercayaan rakyat semula. Dari sekarang depa dah start kempen. Gila betul. Tapi kemon la, takde sapa nak percaya kat lakonan korang pun. Uwekkk. DSAI nampak ini peluang bila dia dijatuhkan hukuman penjara. Atau kita sebut ; sebab kedua yang berpindah menjadi sebab pertama akibat perubahan situasi. Jika dulu sebab pertamanya untuk menamatkan konflik dalaman PKR, kini berubah untuk dijadikan bargain kepada BN andai DSAI dimasukkan ke dalam penjara. Banyak projek2 yang ditanda-tanggani Khalid dengan BN atas nama pembangunan, memajukan Selangor serta menyelesaikan masalah air. Entah betul tah tidak aku tatau la bab motif Khalid tue tapi DSAI melihat BN amat mementingkan projek ini. Jika berubahnya kepimpinan, status projek2 ini juga mungkin berubah. DSAI akan memastikan DSWA gunakan projek2 ini sebagai sandaran/bargain untuk UMNO mempengaruhi keputusan mahkamah. Itu sebab DSAI tak boleh tunggu lagi. Tak boleh tunggu sampai NOV. Tak boleh tunggu sampai hari dia dibicarakan. Mesti sekarang. DSAi pegang projek2 penting di Selangor, sentap la BN. Jika status DSAI tak dibersihkan, mereka mungkin akan memainkan peranan balas dendam atas projek2 tersebut yang sekaligus merugikan BN. Mao sentap BN dibuatnya. Duit dah labur kot. Hak ala.

Nampak tak nampak?

Nampak apa pun kau neh?

Aku nampak kabur2 dah. Menandakan aku perlu masuk tidur. Dan ye, betul tue. Sekian spekulasi saya. Spekulasi tau, spekulasi. Ini sembang kedai kopi. Mengumpat diutamakan, spekulasi dikuasakan, fakta boleh pergi blahhhhh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...