Lihat sedikit paparan dari artikel berita tersebut ;
Mana TS dapat info? Berita hari neh pula menafikan yang MB Kelantan menjemput Khalid Ibrahim menyertai PAS.
Dalam pada itu juga ;
1. Dewan Ulama PAS bersedia keluar dari PR jika keadaan memaksa mereka mengambil tindakan tersebut. Mereka pernah berjuang sendiri sebelum ini dan tidak menjadi masalah untuk melakukan perkara yang sama. Untuk rekod, kalau korang jawab dengan hujah, alah nanti PAS kalah, tak menang banyak kerusi dan blabla.. percayala. Penyokong2 dorang tak hairan langsung. Pasal apa? Pasal PAS dah tarbiah penyokong2 depa, masuk dan terlibat dalam politik bukan untuk menang PRU jauh sekali untuk menang banyak2 kerusi. Janji dapat kembangkan dakwah islamiah cukupla.
2. PAS juga mengumumkan yang mereka bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri andai kata perbincangan Khalid dengan Sultan dah dimuktamadkan dan sultan memilih untuk bubarkan DUN.
3. Khalid still boleh mentadbir kalau dia mendapat sokongan dari adun2 BN dan PAS. Selagi 2/3 tak jatuhkan dia, maka dia still boleh menjadi MB Selangor.
4. Azmin nafi mencabar jawatan MB yang dikhaskan untuk DSWA berdasarkan amalan NEPOTISME.
5. Sekarang Khalid ada 3 pilihan. Letak jawatan. Undi tidak percaya. Atau bubarkan DUN. Jika bubar DUN maka kos pilihanraya akan ditanggung oleh rakyat marhaen. Kos awal untuk mengadakan PRN sahaja bermula dari angka 50juta.
6. UMNO tidak pernah dan akan sokong Khalid untuk jadi MB. Apa yang berlaku ialah UMNO menggunakan kesempatan itu untuk memecahkan PR dan mengheret kepada pembubaran DUN. Misi UMNO ialah dengan PRN mereka mahu merampas semula negeri yang kaya itu. So bila mereka berlakon macam sokong Khalid, mereka sebenarnya sedang menghidupkan plan tindakan mereka. Daripada korang pongpang2 pasal UG blablabla itu ini baik focus terus kepada matlamat yang disasarkan oleh UMNO. Tak payah meroyan bab mengarut la wei.
Antara contoh peranan yang dimainkan ;
Musuh, bila sokong kita mesti ada yang tak kena. Tak kena tue bukan pada kita (KHALID IBRAHIM, currently la kan, not seumur hidup, based on situasi juga point aku neh) tapi pada musuh tersebut la. Jangan point your fingers to Khalid la. Nampak sangat buruk moraliti kita yang dulu korang beria2 UP dia (boleh google penulisan2 aku yang kritik Khalid dan puak2 PKR ini yang bekap dia beria2 then pada hari ini berpusing 360%) lepas tue sekarang segala2 serba serbi ASAL KHALID TERUS BURUK, TERUK, JAHAT, PENGKHIANAT err tapi tak masuk neraka lagi?
HAHA.
Aku bukan apa. Aku membaca situasi. Ketidakkonsistensi akibat pendirian parti dan mengubah pendirian setelah mendapat maklumat adalah dua perkara yang berbeza. Aku mungkin mempunyai pandangan yang berbeza2 setelah mendapatkan penambahan2 maklumat tapi ketidakonsistensi ialah merujuk kepada penyokong2 partisan yang ikut ikutan. Parti cakap A, A dia buat walaupun salah. Salah dan betul neh kena nilai dari aspek manusia dulu. Tak kisah la kau terikat dengan mana2 parti sekalipun. Kalau dari aspek kehidupan dah salah, nilai dari aspek agama dan kepercayaan masing2, jika ianya masih salah, maka 2 lawan 1. Benda yang Allah larang pun ko nak langgar demi parti? Aku terpaksa tabik wo.
Tahniah la ek.
Kbai.