Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Ogos 2014

Penjelasan Sebenar Di Sebalik Skandal Bank Islam - Khalid YG Anda Mesti Tahu.

Iya.


Jangan dengar dari pihak Rafizi je. Aku pun boleh buat tuduhan. Apasal Shahrizat tiba2 tarik balik saman ke atas Rafizi dan Zuraidah? Aku pun boleh cucuk persepsi. Tapi beb, sehingga terbukti bersalah maka seseorang itu TIDAK BERSALAH.

Sehingga Khalid Ibrahim terbukti BERSALAH, maka dia ialah bukan PESALAH.

Gunakan media untuk hukum dia adalah sesuatu yang tidak adil dan bersifat tindakan separuh masak.

Sekurang2nya kita perlukan satu agensi bagi mendefinitekan samada Khalid Ibrahim salah ataupun tidak berdasarkan bukti dan hujah. Bukannya sikit2 persepsi sana sini dengan dalil2 50 muka surat apa bagai. Apa benda nya.

Kalau PKR kata Khalid salah sangat, lakukan sesuatu disitu. Jika enggan mempercayai SPRM dan PDRM (aku pun sama tapi dalam kes2 tertentu ada juga manfaatnya kita babitkan peranan mereka) maka heret la agensi yang berouthoriti untuk menjalankan penyiasatan bagi memuktamadkan tuduhan ke atas TSKI ialah benar.

Apa pun, korang dah baca penjelasan dari Azrul?

Siapa Azrul neh? Dulu bekerja dengan BANK ISLAM. Tapi kena pecat.

Kenapa kena pecat? Sebab bentang analisis bahawa PRU ke 13 nanti, PR berkemungkinan mampu menang / menguasai kerajaan (MUNGKIN BOLEH MENANG = HANYA BUAT TELAHAN MUNGKIN BOLEH MENANG SAHAJA pun jadi masalah?).

OoOoOoOoOO..

Sekarang apa yang si Azrul neh bagitau?

Baca jap ;

Azrul yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam. 

"Pada 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya. 

Menurut Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian. 

"Kerana itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi," katanya. 

Beliau berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan semula skim perjanjian jual beli (BBA). 

"Oleh kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang. 

"Tawaran itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya. 

Beliau berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu.

Okay. Kita balik semula ke masa lampau sewaktu kes Azrul neh kecoh di Malaysia. Dulu, Rocky Bru ada menulis. Dia cakap Azrul atau lebih dikenali sebagai WAWA sering berkomunikasi dengan DSAI, RAFIZI DAN NURUL IZZAH melalui email.

Dan, ini juga dikatakan melanggar kod etika syarikat BIMB yang mana maklumat2 sulit dikongsikan kepada orang luar. Itu antara hujah yang menghalalkan tindakan BIMB ke atas Azrul. Selain dari hebahan bahawa Azrul ahli PKR.

Apa tujuan aku timbulkan perkara ini? Aku nak bagitau korang bahawa jika apa yang didedahkan oleh ROCKY BRU adalah benar maka tidak la musuh Azrul kepada pemimpin2 dalaman PKR rupanya ya. Saling kenal mengenal sebelum Azrul berkhidmat dengan menteri besar Selangor lagi rupanya.

Point penting.

1. BANK ISLAM meminta Azrul untuk hubungi Khalid Ibrahim. Bukan sebaliknya.

2. Azrul pun contact Khalid Ibrahim. Membawa pandangan ex BOSS nya untuk menyelesaikan rundingan di luar kamar. 

3. Untuk rekod korang. Pada awalnya perbincangan dulu, rundingan Khalid dengan BIMB menemui kegagalan kerana Khalid tidak bersetuju dengan terma perjanjian. Sehingga memaksa kes di heret untuk dibicarakan ke dalam mahkamah. Tapi tiba ketika BANK ISLAM mahu menyelesaikan kes tanpa babitkan campurtangan mahkamah maka Azrul la diarahkan untuk memhubungi Khalid bagi menyelesaikan baki tuntutan.

3. BANK ISLAM dan INSTITUSI KEWANGAN dari Timur Tengah sebenarnya sedang bekerjasama dalam rangka menhidupkan semula skim jual beli = BBA.

4. Bagi memastikan konsep BBA tidak terkesan andaikata BANK ISLAM kalah dalam kes dengan Khalid Ibrahim maka mereka bertindak memutuskan untuk berunding dengan Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah.

Ini kenyataan saksi yang terlibat langsung dalam kes Khalid Ibrahim dan bank Islam.

Kenyataan saksi neh korang boleh terima dan taknak terima pun takde masalah tapi sekurang2nya KHALID IBRAHIM ada saksi yang terlibat dalam kes berkenaan. 

Rafizi ada saksi?
Saifuddin ada saksi?

Mereka takde saksi. Aku dah baca dah dokumen2 yang si Sai buat. Hak ala.. tak habis2 serap persepsi dia. Kami percaya.. blabla.. kami yakin.. blablala.. kami melihat blablala.. kami tidak mahu ia tercompromise blabla.. hah senang cakap mereka SYAK ada sesuatu yang berlaku di antara BANK ISLAM dan Khalid Ibrahim tapi mereka tak muktamadkan SYAK MEREKA DALAM BENTUK BUKTI.

SYAK. Semua orang boleh syak. Dan kita boleh syak macam2. AKu juga boleh syak Khalid mungkin berunding dengan adun BN bagi memastikan dia kekal sebagai MB. Aku juga boleh syak yang PKR mungkin akan berunding dengan adun BN untuk usul undi tak percaya agar sama2 menolak Khalid. SYAK MA. KITA HANYA PERLU RASA SYAK SAHAJA.

Ada orang bila dia rasa SYAK, dia SYAK dan dia terus SYAK.

Ada orang bila dia rasa SYAK, dia pergi siasat untuk kenalpastikan SYAK dia tue hanyala syak wasangka buruk ataupun syak yang terbukti dari segi bukti.

Aku cadangkan, PKR ambil option yang kedua la. Syak sudah ada. Maka sekarang langkahnya untuk collect bukti. Jadikan media sebagai mahkamah, ia tak mengubah apa2. Rakyat masih mahukan bukti.

Blablablala balballa.. dan sebagainya... okay Raf, Sai dan semua2 sekali.. you bagi bukti kita terima hujah2 korang. Kita hanya mahu menyakini bukti. Kita tak berpihak kepada individu. Jangan salah faham. Sapa tuduh sapa pun kita tak tengok individu. Kita hanya mahu berpegang kepada bukti. Tolong faham.

Kbai.

Rujukan : http://malaysiaberih.blogspot.com/2013/01/ketua-ekonomi-bank-islam-digantung.html

http://www.rockybru.com.my/2013/01/the-untold-story-of-wawa-chief.html

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=18449#622924

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...