Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Ini Jawapan Untuk Segala Langkah Dan Segala Senyum, Amek Kaw Wahai PAS, DAP, PKR DAN BN!

LANGKAH RAKYAT.

Bila RAKYAT Melangkah..

 
Langkah Kajang, langkah NFC, langkah projek demi projek jadi bisnes politik,
Langkah wakil2 rakyat berpakat jadi ahli politik yang penipu semakin terserlah,
Langkah nepotisme dan kronisme semakin terdedah,
Langkah 3b dan tender syarikat bapak kau seantero Malaysia semakin terbongkar.

Bila RAKYAT Melangkah..
Ada ahli partisan yg menggelupur,
Ada penyokong partisan yg mengaduh, 
Ada kaki pembodek yg memekik melalak,
Ada geng2 parti yg meracau melalut sampai nak unfriend dan unlike.

Bila RAKYAT Melangkah..
Ada yang bakal terkantoi,
Ada yang bakal terdedah,
Ada yang bakal terkena,
Ada yang bakal lari ke luar negara.

Bila RAKYAT Melangkah..


Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi ahli agama,
Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi ahli keadilan,Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi sosialis,Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi pejuang rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Ada pemain politik yg taknak mengaku walau kantoi menipu,
Ada pemain politik yg taknak berundur walau terbukti merasuah,
Ada pemain politik yang taknak terima fakta walaupun partinya mengamalkan nepotisme,
Ada pemain politik yang gunakan saman untuk tutup kemaraan rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang membodek jadi kecut,
Yang menipu jadi takut,
Yang print screen atau tak printscreen terbukti pejuang demi poket sendiri ataupun parti bukan demi rakyat,
Yang maki hamun rakyat mula cari alasan.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang berpropaganda demi projek akan terlerai,
Yang memanipulasi fakta akan dibuktikan,
Yang mempermainkan hak rakyat akan ke penjara,
Yang baik akan tepuk tangan tanpa kira bangsa dan agama.

Bila RAKYAT Melangkah..


Dulunya kabur skrg dh jelas,
Dulunya kelam skrg dh nampak, 
Dulunya tegar partisan sekarang dah menyesal,
Dulunya tukang angguk skrg tukang maki (sebab tertipu dengan partisan).

Ini la kebaikan Langkah RAKYAT!

(Sila print screen & sebar)


--------------------------------

Wahai pakcik dan abang yang takde hubungan sedara mara dengan aku,

Kami disuruh bersabar melayan perangai ahli2 politik yang suka menyusahkan rakyat berkali2 atas nama strategik dan propaganda. Konon2nya itu akan terserlah siapa pejuang di kalangan kami dan siapa pula yang beriman lagi taat pada pimpinan menjatuhkan BN.
 

Tapi terus terang wahai pakcik dan abang pimpinan.. pejuang2 rakyat semakin keliru.
 

Tatkala korang bergaduh sesama sendiri demi kerusi embi, apa yang rakyat nampak hanya la manipulasi demi manipulasi fakta oleh pemain2 politik.


Oooo BN menipu, merasuah, kronisme, songlap, gila kuasa, curi duit, nepotisme, tak buat kerja dengan amanah, tak telus berdosa besar tapi bila PR nepotisme, ada skandal pasir, skandal kot baju di Perak, skandal guna duit rakyat cover adun di Kedah, skandal menipu 16 sept, skandal Kajang, skandal rugikan aset negeri, skandal tak buat kerja, skandal tak amanah, kronisme, skandal balak, skandal no plat, skandal lebuhraya dan macam2 skandal lagi takpe pula ye?? Sesungguhnya pejuang2 rakyat tengah keliru wahai pakcik dan abang pimpinan.
 

Wahai pakcik dan abang pimpinan,
Pejuang rakyat tiada langsung berniat memburukkan pakcik dan abang pimpinan.. tapi apakan daya kami sebagai pejuang rakyat. Hanya pejuang rakyat yang meluat dengan penipuan dan pembohongan ahli2 politik seperti kamu semua wahai pakcik dan abang pimpinan.

Wahai pakcik dan abang pimpinan,
Pejuang rakyat ini tidaklah berminat langsung (tak ingin) membuat perbandingan apa yang berlaku di saat ini dengan apa yang pernah berlaku di zaman para Nabi.. sebab jauh panggang dari api. Baik parti islam secara individu apatah lagi parti SEPAKAT la sangat secara kumpulan.
 

Tapi percayalah pakcik dan abang pimpinan,
Rakyat yang tidak berpihak ini (tiada kepentingan) agak memerlukan jamaah ini untuk menendang keluar BN sekejap, kurang2 5 tahun dari pentadbiran pusat untuk mendidik rakyat bahawa tukar parti pentadbiran takde sapa yang mampos, kecuali kronisme dan geng2 depa aje sebab tak tau nak berpaut pada siapa.


Ayuhlah pakcik dan abang pimpinan, korang bersatu la untuk bersama-sama muhasabah atas masalah yang korang sendiri carik ketika ini. di kala rakyat diminta menyokong kamu, dan dah bagi pula tue sokongan melalui peti undi, kenapa la korang menyusahkan dan buat hal demi hal sehingga membantut usaha rakyat yang sedang berkempen untuk menolak BN.


Pejuang rakyat yakin bantuan Tuhan pasti bersama. Tapi pejuang rakyat tak yakin dengan PAKATAN RAKYAT. Apatah lagi BARISAN NASIONAL.

JANGAN SENYUM. KAU INGAT INI CERITA LAWAK?


AMENO WORLD.

Suntingan dari karya asal ;


Muhammad Hanif Subri.
TrainerPendidikanMalaysia.
mohdhanifm@ymail.com

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...