Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Jun 2014

Pendedahan - Muhyiddin Melancong, Tidur Di Hotel Mewah Dan Naiki Pesawat Khas Guna Duit Rakyat!


Kegiatan lawatan ‘kerja sambil melancong’ Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai pada tahun 2012 yang didedahkan sebelum ini bukanlah kes terpencil, sebaliknya adalah satu kebiasaan.
Perkara ini disedari berikutan pendedahan dokumen jadual rombongan beliau dan kakitangan ke Melbourne, Brisbane, dan Gold Coast, Australia, atas alasan ‘lawatan kerja’ pada 10 hingga 18 November 2012.


Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong membangkitkan pendedahan blog peniupwisel2020.blogspot.com dalam sidang media di Parlimen hari ini.


Zairil mempersoalkan jadual lawatan itu yang menunjukkan aktiviti berkaitan pendidikan yang jauh lebih sedikit berbanding acara tidak rasmi dan peribadi.
  “Lawatan bermula dua hari di Melbourne apabila Muhyiddin merasmikan Forum Ekonomi Cina Dunia ke-4, sebelum bergegas ke Gold Coast, destinasi percutian terkenal, selama 4 hari.

“Di sana, aktiviti beliau secara purata hanya dua jam sehari, dan kebanyakannya adalah taklimat ringkas dan majlis makan malam, termasuk pertemuan dengan pelajar Kelab Umno. Jadi apa sebenarnya tujuan lawatan ini?” katanya.


Menurut jadual yang dibocorkan itu, rombongan berlepas dengan menaiki ‘pesawat khas’ dan menginap di hotel mewah Hilton Surfer’s Paradise Hotel ketika di Gold Coast.




Malah, jadual itu juga menunjukkan program peribadi untuk sepanjang hari pada 16 November 2012.

Dalam pada itu, Steven Sim mempersoalkan peserta rombongan yang kesemuanya adalah pegawai politik.

“Tiada penjawat awam atau pegawai kementerian, (sama) seperti lawatan ke Dubai. Adakah Ini kerana Muhyiddin tidak yakin dengan pegawai kementerian, atau kerana lawatan ini tidak lebih sekadar ‘company trip’ untuk kakitangan beliau?” soalnya.

Menurut dokumen itu, Muhyiddin dan isteri disertai 15 pengiring, termasuk enam pengawal keselamatan dan empat pegawai khas.

Steven Sim juga sekali lagi mengingatkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa agar tidak mengugut penjawat awam yang membocorkan salah laku pemimpin BN atas alasan ia adalah ‘rahsia rasmi kerajaan’.

Ia berikutan amaran Ali untuk mengenakan tindakan tegas, termasut pecat, kepada penjawat awam jika terlibat dalam pendedahan dokumen lawatan Muhyiddin ke Dubai.

“Ingat, kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang melindungi sesiapa sahaja yang membuat pendedahan.

“Beliau tidak sepatutnya mengugut penjawat awam yang beri maklumat untuk melindungi pembesar-pembesar yang salah guna kuasa,” katanya lagi - Roketkini.com 


-------------------------------------

Owhhh..

Inila kot yang Muhyiddin sebut. Orang yang miskin tue malas. Yang kaya macam dia pula rajin. Rajin rembat harta rakyat untuk tujuan peribadi ek?

Macam HARAM!!!!!

Mohon Muhyiddin Yasin ulas sket berkaitan isu di atas. Betul ka tak betul. Ka memang betul cuma taknak mengaku sebab nanti kantoi?

KAH KAH KAH

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...