Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Jun 2014

Ramadhan Dah Dekat, Rumah Makcik2 Pula Kena Roboh Dengan DBKL Zalim.
















Aku tengah bengang neh. Bayangkan. Bila ko dah siap tulis apa semua kan. Lepas tue artikel ko tinggal siap2 nak publish je neh. Lepas tue tetiba dia hilang tak pasal2. Apa perasaan kau? Good. Pasal aku pun tengah melalui perkara yang sama. Hanya Najib aje yang boleh damaikan ahti aku yang tengah luka neh. Kalau takde sebijik rumah yang Najib beli untuk aku jangan harap aku nak bertenang.

KAH KAH KAH

Aku malas nak tulis perenggan2 dah. Dah sakit ahti punya pasal.

Point aku.

1. Aku nak semua bloggers BN bertenang dan jangan meroyan.

2. Jangan nak bekap YTL, UMNO, BN dan DBKL secara melulu.

3. Cuba fahami dulu apa masalah yang timbul daripada menilai satu2 isu berlandaskan sudut kepartisan, boleh tak?

4. Cuba la dahulukan sifat kemanusiaan korang tue dulu dalam menilai apa2 isu sekalipun.

5. Dalam isu KG. Chubadak masalah yang timbul bukan la penduduk menghalang pembangunan.

6. Tetapi pampasan yang diterima adalah terlalu sedikit dan tak berbaloi dengan apa yang mereka terpaksa tanggung (hilang, rugi).

7.  RM7,000. Katanya wajar kerana rumah tersebut taraf setinggan. Tetapi sebenarnya bukan. Sebaliknya rumah tersebut tak boleh dikategorikan sebagai setinggan disebabkan mahkamah tinggi dah sahkan rumah2 tersebut milik peneroka2 asal. Setiap pembangunan yang dilakukan yang melibatkan kampung tersebut, dorang wajar mendapatkan pampasan yang sepatutnya. Bukan RM7,000 nilainya. Bukan.

Baca ;



Saja aku petik dari Utusan. Sebab geng2 UMNO kan percaya kat Utusan aje. Ini rujukan aku.

8. Ingat YTL? YTL yang baru2 neh bising pongpang2 pasal kronisme apa semua. YTL inila antara syarikat yang terlibat akan membangunkan kawasan tersebut. Tak kesian ke tengok orang2 melayu kena buli dengan YTL ? Korang kata korang nak tolong orang melayu. Aku dengar juga citer. Kawasan tersebut ramai yang undi BN. Betul ke? Kalau betul, macam neh ke jasa korang membalas pengundi2 setia korang? Buatla sesuatu.

9. Malam tadi ada pakcik makcik tidur kat rumah dorang yang dah kena roboh. Sedih punya pasal. Sayu apa semua cukup. Tak sampai ahti meninggalkan rumah yang dorang dah duduk bertahun2 lamanya.

10. Kalau kampung tersebut tak cantik, mencacatkan pandangan KL bak kata sesetengah orang la kan, patutnya korang usahakanla bagi pinjaman untuk mereka2 semua cantikkan rumah masing2.

11. Ini pinjaman taknak bagi. Tahu nak robohkan aje. Macam la hina sangat duduk rumah kampung. Rumah kampung cantik juga kalau dicat dan gunakan kayu yang elok sikit. Masalahnya nak dapatkan modal untuk repair rumah bukan senang.

12. Yang kes kebakaran di KG. Chubadak lagi sedih. Hilang harta benda aset apa semua. Last2 dapat RM7,000 aje. Berbaloi ke?

13. Developers nak keluarkan pampasan yang sedikit. Tapi tanah yang dorang amek tue sangat bernilai. Nanti bila dorang buat apa2 dorang gain profit juta2 tau.

14. Itu sebab kita semua kena bersatu ahti jangan tengok politik untuk bantu penduduk di KG. Chubadak.

15. PERKASA, ISMA, UMNO yang kononnnya juara melayu kena tampil tekan kerajaan supaya kerajaan tekan YTL.

16. Satu lagi. Mahkamah tadi dah keluarkan notis larangan perobohan. Tapi pagi tadi masih terdapat rumah2 yang DBKL robohkan.

17. Puasa nak dekat. Lepas puasa, raya pula tue. Tak sedih ke dorang semua mendapat layanan macam anak tiri kat negara sendiri? Kos rumah dan tanah tue bukan murah. Apa salahnya bayar pampasan yang seadilnya kepada mereka semua. Patut dapat ratusan ribu sebab itu tanah tengah2 bandar. Harga rumah baru pula mana ada 7,8 ribu lagi dah. Semua cecah 400k ke atas dah wei.

18. Ini masanya untuk geng2 MELAYU tunjukkan kejaguhan masing2. Jom bersama2 selamatkan hak penduduk2 di KG Chubadak. Jangan biarkan YTL yang cina tue pijak melayu. Hehe..

Ayuh UMNO.. aku tunggu suara korang mengaum aje neh. Ke dah jadi miaww miaww jinak bila YTL bagi ikan?

HANTU BETUL la kalau macam tue.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...