Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 September 2015

Pakatan Rakyat Bubar, Pakatan Harapan Lahir - Terima Kasih Keluarkan Perkataan 'Rakyat'.


Apa yang paling seronok dalam penubuhan Pakatan Harapan (selepas neh akan dikenali sebagai HARAPAN ataupun PH) ialah mereka secara sedar dirinya membuang perkataan rakyat dari nama perikatan mereka.

Bagi rakyat seperti aku tindakan itu perlu kerana pembangkang memang bukan perjuangkan rakyat pun. Terima kasih kerana tidak babitkan rakyat dari segi 'nama/label' dalam political millage korang selepas neh. Kita sama kita tahu kat posisi mana pembangkang Malaysia berdiri. Rakyat selamanya bersendiri. Kita takde tempat paut yang sahih pun. Apa yang ada di hadapan rakyat hanyalah kesempatan, manipulasi, peluang dan salah guna. Rakyat memang selamanya bersendiri.

Hari ini pembangkang memasuki dimensi baru.

- Mereka secara rasminya akui PR terbubar.

- Dengan penubuhan HARAPAN.

- HARAPAN dianggotai oleh ;

1. PKR
2. DAP
3. AMANAH

4. HARAPAN membuka ruang penyertaan kepada parti2 lain untuk menyertai perikatan mereka.

5. Anwar ialah PM pilihan mereka jika PH menangi PRU ke 14 kelak.

Ketika ini, PAS belum memberikan kata rasmi muktamad tentang pendirian mereka mengenai penubuhan HARAPAN.

Apa PR di Selangor?
PR sudah tiada.
Jadi apa itu di Selangor?

Jangan tanya aku. Aku sendiri pun tidak tahu. Kita tunggu kenyataan rasmi pembangkang dalam episode Selangor.

Apa2 pun aku harap selepas dengan penubuhan HARAPAN, pembangkang Malaysia akan perkemaskan lagi methode perjuangan mereka.

Aku mencari kelainan.

Aku taknak pembangkang nama baru tetapi cara mereka membangkang, masih menggunakan kaedah lama.

Aku taknak pembangkang yang suka ponteng sidang dan ada pengikut yang taksub.
Aku taknak pembangkang buat kerja cincai boncai atau buat pendedahan separuh masak.
Dan aku taknak pembangkang jual agama.

Banyak juga di kalangan kawan2 aku bertanya. Tentang pandangan aku mengenai AMANAH. Aku hold pendirian aku tentang AMANAH kerana aku nak melihat terlebih dahulu apa itu mereka dan bagaimana hala tuju mereka.

Dari segi kenalan, jujur aku katakan. Di antara mereka ialah dedikasi. Mereka ada aura mahu perubahan.

Tetapi dari segi parti, aku nampak AMANAH ialah nama baru bagi PAS.

PAS, tanpa hudud.

Dan diri aku ialah seseorang yang tak suka agama dijadikan catur dalam politik. Bukannya salah menjadikan agama sebagai bahan rujukan supaya keputusan politik kita menepati kehendak Islam. Kita kata Islam adil. Jadi bila keputusan politik kita menepati apa yang ISLAM sarankan, maka ianya bermaksud adil.

Akan tetapi ianya menjadi celaru jika kita menggunakan ISLAM bagi memperlihatkan perjuangan parti kita itu suci dan rahmat (pinjam kata-kata Mat Sabu).

Aku tak boleh terima doktrinisasi seperti ini. Aku takan bagi peluang pada parti politik memperbodohkan dan memperjumudkan minda aku. Mereka ada pengikut untuk itu.

Apa2 pun, aku ucapkan selamat berjaya kepada PAKATAN HARAPAN.

Serangan pertama aku ialah ;


Salah satu faktor yang menjadikan wajar ahli parlimen dinaikkan elaun ialah dengan lebihan tersebut mereka boleh membantu rakyat. Point ini diucapkan oleh lidah MP kerajaan dan pembangkang.

Dan aku mendapat tahu, setiap parti utama (AMANAH terkecuali kerana aku tidak tahu) seperti PAS, PKR dan DAP perlu infaq pendapatan bulanan MP kepada parti. Peratusan infaq itu aku kurang pasti (sebenarnya aku malas nak elobrate, hehe).

Tetapi moga2 infaq korang ke atas parti itu boleh la parti gunakan untuk bantu rakyat, tak gitu ke?

Hehe.

Oleh kerana dah alang2 korang mendapat 'rezeki terpijak' pada bulan ini, aku cadangkan ahli2 parlimen bersiap sedia dengan jadual parlimen pada sesi mendatang.

Jangan ponteng, lagi. 

Jangan bagi alasan jadual korang clash, lagi.

Sekalipun korang semua boleh cakap besar bahawa itu wang gaji korang dan korang berhak ke atasnya (berhak ke? Bos = rakyat yang naikkan gaji korang tak diberikan hak untuk undi di parlimen pun, korang undi kenaikan gaji korang sendiri lagi la ada kan?) tetapi bukan la bermaksud rakyat takde hak nak amek duit tue dari poket korang.

Rakyat boleh amek melalui dua cara.

Pertama. Tidak undi kau lagi.
Kedua. Terus amek dari kocek korang. Sebab korang gunakan rakyat sebagai alasan kenaikan gaji, remember?

Jadi pandai2 la hidup sebagai pembangkang lepas neh. Jadi la MP yang layak terima kenaikan elaun kerana melaksanakan tanggungjawab. Jangan makan gaji buta.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...