Sama seperti tahun lepas, pro-mahasiswa terkena lagi. Kelayakan mereka pada tahun kali neh terbatal lagi. Kenapa terbatal dan kenapa sampai 10 orang yang terbatal sekaligus? Dengar citer atas alasan PRO-M berkempen secara berkumpulan dan ianya dah lari dari syarat-syarat berkempen. Kenapa tidak warning ketika kempen tersebut berlangsung dan kenapa mesti membatalkan kelayakan selepas mereka menang? Adakah ketika berkempen ia takpe berbuat demikian dan apabila di dapati bahawa mereka menang barulah tarik kemenangan mereka [andaian bahawa mereka langgar syarat berkempen]?
Tengok kelicikan pentadbiran UPM. Aku rasa tak puas ahti sungguh. Aku bukan nak tuduh. Tak berani aku. Apatah lagi kalau tiada bukti [kalau korang ada bukti, email aku [email protected]]. Cuma aku rasa geram. Bukan nya mereka menang banyak. Cuma 11 kerusi je daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
Pro-aspirasi masih lagi menang kat sana. Masih lagi major kemenangan mereka. Aku tak percaya yang pro-aspirasi tak berkempen secara berkumpulan [persepsi aku]. Apa yang aku tahu, satu calon mahasiswa dipertahankan kelayakan dia atas sebab dia menang tanpa bertanding sebab tiada calon yang melawan dia.
Apa yang aku lihat juga, pentadbiran UPM seolah-olah mahu menyekat akses penguasaan pro-mahasiswa kat sana. Aku rasa mereka patut faham. Lagi kuat asakan manusia terhadap manusia yang lain, lagi kuat keazaman yang akan timbul. Lama-kelamaan orang akan jadi benci dan meluat. Siyes.
Memang aku bersetuju, mahasiswa tak patut berpolitik sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Tetapi untuk itu kerajaan patut lebih adil. Bukan sahaja mereka tak boleh berpolitik dengan menyokong pembangkang, mereka juga tak patut berpolitik untuk menyokong kerajaan. Kerana menyokong politik kerajaan ataupun pembangkang kedua-duanya masuk dalam aspek politik.
Kalau benda semudah ini kita melihat ketidaktelusan dalam pentadbiran, apa lah yang boleh kita harapkan pada perkara yang lebih besar?
Berhentilah main propa.
Baca berita kat bawah neh ;
Ameno : Baru 11 orang menang pun dah cuak.. baru 11. bukan 2011. Cuma 11 je. Heh
lagi kelakar bila tengok surat khabar hari ni pro aspirasi menang 52 kerusi di uitm n pro mahasiswa 0..padahal kat uitm mmg xde pro mahasiswa n aspirasi..tapi ape motif letakkan semua kerusi dalam pro aspirasi???
BalasPadamhu3...
slm,,sy slh sorg student upm juga tidak berpuas hati dgn pentadbiran upm yang tah ape2,,kalau hendak membatalkan calon yang menang lebih baik tak payah buat pilihan raya,,bg calon aspirasi menang free,,student pula xperlu bersusah payah beratur panjang semata mata untuk membuang undi,,membazir masa,tenaga dan wang sahaja,,
BalasPadambetul la..seperti di UM,penggerak(dlunya aspirasi) tidak pernah berkempen secara berkumpulan.mereka berkempen mngikut yang sudah d syarat kan..tidak seperti pro mahasiswa yang berteriak dan menyebut TAKBIR sahaja tidak kira dimana mereka ada(kalo boleh dlm tandas pon nak sebut)..walhal yg perempuan pula pkai tdung labuh tapi tdak menjaga tatasusila kesopanan anda..bgitukah yg kita mahu??jika ada masalah sket,demostrasi..hancurlah malaysia nanti kalo gnrsi muda sebergini..
BalasPadamKuasa rakyat pasti Akan menang jua..InsyaAllah!!!
BalasPadamyezza.. ini aku setuju.
BalasPadamdemokrasi ber'parti' di IPTA adalah teruk. malah mungkin lagi teruk dari demokrasi pilihanraya negara.
biasanya kalau sokong kerajaan, diorang bagi alasan 'sokong kerajaan tak sama macam sokong parti UMNO/BN'. Ada betul jugak, tapi ada unsur twist di situ.
Walaupun aku tak sokong pembangkang, tapi harap demokrasi betul2 dipraktikkan di sana. Yang pro-M pun jangan byk sangat tnjukkan bahwa mereka menyokong parti pembangkang malaysia, cukuplah kalau mereka memperjuangkan perkara2 yg mereka rasa 'hak' utk mahasiswa. Bukan ape, kalau 'golongan2' ini dikesan, mereka akan cuba dijatuhkan secara halus. so peluang mereka nak bersuara dah dinafikan.. ini realiti yg aku sendiri nampak. sebab tu kalau boleh mereka ni biar betul2 perjuangkan isu dalam kampus sahaja.. jangan mask/kaitkan politik negara. barulah ada unsur persaingan bila pilihanraya uni berlangsung. takdelah bosan je asik2 muka pro aspirasi.
naik fed-up.. naik letih dengan situasi yang berlaku.... kalau boleh nak bekerjasama... dan mengharmonikan semua nya... tp tahlah.. curious hati ni mengatakan mcm ade 'makhluk2' di atas yang menekan2 agar ianya berualang utk kali yang kedua... kalau 2 thun lepas calon2 islamik diletak diposisi yg entah ape2... tahun lepas pulak ditarik kemenangan... thun ni dah nampak nak berulang lagi... kdg2 kesian jugak tgk pro-a... bkn ape.. mcm jd boneka... dah kalah tp ditolak tarik agar berada diatas... sudah2nye.. tempah 'kebencian' free dr kalangan mahasiswa sendiri... bkn politik kampus namanya nii... poliTIKUS kampus...
BalasPadam(bile dh geram mcm2 bahase kuar..hmmm...)
*mahasiswi sarjana UPM*
Salam, Pro A tu sokong siapa, Pro M tu sokong siapa..? Maaf, tak pernah minat pilihanraya kampus masa di U dulu..Mekasih kalau ada yang sudi menjawab..
BalasPadam@Anon Feb 23 2:30PM:
BalasPadamyg aku tau Pro-A tu biasanya sokong kerajaan. Lain2 tak sure.. tapi kebiasaanya tak sokong kerajaan la. tak tau la pulak kalau ada uni buat parti pro-komunis ke ape kan.. lain tempat lain cara.
apela punye pemikiren la salah sorg anon tu...masalhnye demonstrasi yg digerakkn oleh pelajar cume nk tuntut keadilan...kalo pelihanraya tu telus,adil,bersih,xde sape nk bwat demonstrasi..ngat suke2 je ke nk bangkang???...kalo ko pk malaysia ni maju sbb pemimpin2 cm Tun M tu,ko kne tgk care die berpikir dan zamann suasana sewaktu die jd student dlu..kebanayakn pemimpin2 kerajaan skrg ni,dlu mase kt U diorg ni ade byk kebebasan,ruang utk suara pendapat,mengkritik dan melontar pndangan,..tu pasal bile kluar diorg bleh pk lebih kehadapan(kalo rase malaysia ni skrg maju sbb pemimpin2 dlm kerajaan ni la)..ni x,ble diorg berkuasa diorg sekat plak hak mahasiswa skrg...mcm2 akta ade...mane x nye generasi yg lahir kmudiannya xbleh bepikir mcm diorg pk dlu2..dlu lebih terbuka,skrg lebih kepada penjara!
BalasPadamlebih baik terpekik laungkan allahuakbar drp tengok artis2pempuan terpekik terlolong nyanyi atas pentas dgan x menutup auratnya.
BalasPadamsampai skrg aku heran sgt2 la.. bkn ke pro-A & pro-M tak diiktiraf oleh pihak universiti, so kenapa dlm paper ade tulis pasal nih lagi?.. tp, aku nie penyokong pro-M la sbb mereka ni lbeyh kepada memikirkan kehendak pelajar kalu nak dibandingkan dengan pro-A.. maaf la kalau aku cakap ade diantara anggota2 pro-A ni boleh dilabelkan sebagai "PAK TURUT" je.. follow je ape yang bhep suh buat cam "SIR YES SIR", "YES MAM", "YES DOKTOR".. kenapa macam tu? spatutnye kalau dah diamanahkan untuk menjaga mahasiswa2 di bawahnye, kene la telus dan amanah.. Jangan nak jaga poket sendiri je.. n 1 lg masalah utama kat sini, kenapa la bhep UPM neh takut sangat ngan PRO-M?? bkn ke pro-M tu pon seorang pelajar? bkn nye hantu ke ape ke.. ke takut rahsia terbongkar?? sbb pro-A x reti nak bongkar2 rahsia neh, "pak turut" la nak diktakan, so phm2 la ye
BalasPadamgenerasi muda perlu bangkit.
BalasPadamkeadilan harus ditegakkan..
lebih baik terpekik laungkan allahuakbar drp tengok artis2pempuan terpekik terlolong nyanyi atas pentas dgan x menutup auratnya.
BalasPadamKuasa rakyat pasti Akan menang jua..InsyaAllah!!!
BalasPadam