Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 April 2015

Ini Bukti KASTAM & Kerajaan Tiada Kemampuan Lawan Dan Hukum Syarikat Telekomunikasi Angkara GST.

Adu kepada KPDNKK. Kami akan bertindak. Jika ada sebarang kemusykilan. Mana-mana peniaga yang menaikkan harga barangan disebabkan GST sedangkan ianya tak sepatutnya berlaku boleh diadukan kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan. Itu kata-kata manis menteri2 kau dalam mengulas isu peniaga yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka sejajar dengan pelaksanaan GST.

Selain daripada mengemukakan aduan, menteri juga menasihati pengguna agar menggunakan kuasa boikot mereka.

Kita mungkin boleh boikot beras jenama A bertukar kepada jenama B. Atau boikot sos cili jenama D kepada jenama Z. Tapi bagaimana pula dengan simkad kita? No telefon kita? Bagaimana pula jika no tue kita dah guna untuk bertahun2 untuk urusan perniagaan, perkerjaan, perhubungan dan sebagainya? Agak2 sanggup tak kita boikot sedangkan jika kerajaan bertindak menguatkuasa undang2 itu lebih competent dalam mengajar kapitalis tamak.

Sebelum GST dilaksanakan. Surat ini tersebar kepada umum. Untuk raih persepsi simpati dan prasangka baik kepada KASTAM.


Maka ramai la geng2 UBN p sebar di laman sosial. Siap tag-tag aku lagi.

Kata mereka. Kau tengok. Bukan salah kerajaan wo. Itu salah syarikat telekomunikasi yang amek kesempatan. Aku diam dan perhati aje permainan mereka. Aku fikir tak guna cakap banyak dengan orang bodoh bebal bahlol tolol bangang nak mampos tue.

Sebaliknya, lebih baik aku tunggu 1 April. Dan aku akan titik-kan kebodohan puak2 UBN tue. 

Ini apa yang berlaku selepas kita memasuki 1 April.




Caj GST tetap dikenakan ke atas setiap pembelian topup.

Bukan nak kira ko guna service epay atau internet jek. Memang caj GST itu sendiri ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi itu sendiri.

Pengumuman oleh ALTEL.


Situasi dia macam neh.

- Sebelum GST, topup dikenakan cukai SST.

- Cukai SST untuk topup 10%.

- Dan topup dijual pada harga biasa. 5 untuk 5, 10 untuk 10, 30 untuk 30.

- Dan kerajaan planning laksanakan GST.

- Cukai GST akan gantikan SST.

- Cukai GST ialah 6%.

- Maksudnya SST 10% - GST 6% = beza 4%.

- Kos pengeluaran jadi sedikit menjimatkan apabila cukai yang perlu dibayar oleh syarikat telekomunikasi berkurangan sehingga 4% melalui GST.

- Logik akal pasti mengatakan jika dengan SST 10% syarikat telekomunikasi boleh jual topup 5 pada 5, 10 pada 10 maka sudah tentula perkara yang sama akan berlaku dengan GST bila sistem percukaian ini ditukar.

- Tapi itu tidak berlaku. Syarikat telekomunikasi menaikkan harga jualan mereka.

- Aduan dan kritikan telah dilakukan oleh pelbagai lapisan rakyat di negara neh.

- Kastam pula tunjuk poyo kekonon buat kerja bila keluarkan surat di atas kepada syarikat telekomunikasi.

- Syarikat telekomunikasi sikit pun tak heran dengan surat kastam.

- Kenapa dorang tak heran? Mudah. Sebab dorang tahu kastam ke kerajaan ke sesiapa ke tiada kemampuan nak menghalang atau melarang tindakan mereka dari mengalihkan beban cukai ke atas pengguna memandangkan sistem itu sendiri kerajaan yang sediakan. Takan kerajaan nak kutuk sistem yang mereka sendiri laksanakan?

- Maka jadi la macam sekarang. Topup pun bercukai. Paling2 koman yang menteri kau mampu kata ialah, kita akan siasat aduan blablablablabla.. kita akan buat perbincangan blabablalablabla..kita cadangkan rakyat boikot blablabla..

- Dorang takan buat apa-apa sebab dah kantoi.

- GST bukan dikutip untuk syarikat telekomunikasi pun.

- Sebaliknya dikutip untuk diberikan kepada kerajaan.

- Syarikat amek 5.00. Kerajaan yang amek 30sen tue.

- So takan kerajaan nak marah kerajaan? Kerajaan nak hukum kerajaan? Kerajaan nak siasat kerajaan?

Sebab tue tiada mana-mana undang2 yang mampu digunakan untuk menghalang tindakan syarikat telekomunikasi. Kerajaan tahu, kapitalis telekomunikasi pun tahu bab tue. Apa yang ada sekarang ialah tindakan saman kerajaan Malaysia kerana menipu, memperdaya, memanipulasikan, menyorokkan fakta ketika dalam proses melaksanakan GST.

Kerajaan dan kastam sebenarnya telah memperdaya kita bila membayangkan seolah2 cukai yang dialih keluar ke atas pengguna itu ialah satu tindakan syarikat yang bercanggahan dengan undang2 sedangkan dalam sistem percukaian GST, syarikat dibenar untuk berbuat demikian. Bahkan cukai yang dikutip pula akan memasuki kantung kerajaan. Bukan syarikat telekomunikasi yang sedut semua tue.

Dalam erti kata lain, kau semua dah kantoi la bebal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...