Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 April 2015

Kronologi Penipuan Menteri Dalam Isu GST Pada Topup - Menteri Lupa Tetapi Rakyat Tidak Lupa.

Untuk memahami cerita ini, kita semua kena kembali pada tahun 2011 - 2012.

Lihat video ini ;

  

- Najib dengan slumber badaknya cuba menyalahkan syarikat telekomunikasi dalam isu cukai.

- Sedangkan perkataan cukai itu sendiri merujuk kepada satu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

- Perkataan cukai itu sendiri sudah membuktikan yang wang kutipan akan masuk ke kantung kerajaan.

- Percubaan mengalihkan kesalahan ke atas syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak dipersalahkan.

- Apabila persepsi itu dicipta, kerajaan akan terselamat dari maki hamun rakyat sebaliknya syarikat telekomunikasi la yang akan menerima tempias dan maki hamun orang ramai.

Ini adalah permulaan kepada tindakan kerajaan untuk cukaikan prepaid. Kenapa prepaid? Adakah prepaid bebas cukai?

1. Prepaid tidak bebas cukai.

2. Prepaid tertakluk kepada 10% cukai SST.

3. Apa yang kerajaan nak buat pada ketika itu ialah sama seperti ASTRO, POSTPAID dan beberapa perkhidmatan lain di mana perkhidmatan2 itu akan tertakluk kepada GST. Samada from SST to GST atau from tanpa cukai to GST.

4. Oleh kerana reaksi yang diterima terlalu luar biasa, maka Najib dan kabinet undurkan cadangan sendiri dan salahkan syarikat dalam kejadian itu.

5. Syarikat juga tidak bodoh. Tidak akan biar diri buta-buta dikambinghitamkan kerajaan. Mereka ada perjanjian mereka. Hanya kita sahaja tidak tahu apa dia dan bagaimana.

6. SST 10% ialah sejenis cukai bukan cukai kepenggunaan. Maka, cukai ini sungguhpun boleh diserap sebagai kos perniagaan tetapi cukai jenis ini ;

- Tidak semestinya perlu dipamerkan

- Tidak boleh dialih keluar kepada pengguna akhir sebagai 'cukai' kerana bukan cukai berdasarkan per item = GST. Sebaliknya akan dikira sekali sebagai harga jualan product.

Ini berlaku kerana SST 10% dikira melalui keuntungan perniagaan. Bukan per item.

Contoh.

Syarikat A ialah syarikat telekomunikasi.
Syarikat A jual perkhidmatan prepaid.
Syarikat A dicukai atas perkhidmatan tersebut.
Syarikat A menggunakan konsep ;

Perkhidmatan jenis A = untung 50%
Perkhidmatan jenis B = untung 30%
Perkhidmatan jenis C= untung 100%

Untuk mendapatkan keuntungan melalui hasil penjualan perkhidmatan (prepaid) mereka. Tolak tambah tolak tambah akhirnya dapatlah jual prepaid 5 dengan 5, prepaid 10 dengan 10, prepaid 30 dengan 30 dan sebagainya. Dan selepas satukan kesemua keuntungan hasil dari penjualan tersebut maka tolak 10% cukai angkara SST tadinya tue.

SST dalam syarikat telekomunikasi aku tak faham sistemnya macam mana. Adakah per bulanan, per tahunan atau per jenis perkhidmatan. Itu aku tak pasti. Yang pasti ia bukan per item.

GST = PER ITEM.

Bila dah convert jadi per item, maka mustahil la syarikat telekomunikasi boleh serap cukai tersebut. Ia tidak lagi ditolak berdasarkan keuntungan pukal sebaliknya ia dikira melalui jualan per item.

Dah faham neh?

Oke.

Bila berlaku huru hara tentang prepaid pada tahun itu, maka keputusan untuk jadikan topup seperti ASTRO dan sebagainya tergendala.

Dan pada tahun 2015, sekali lagi kerajaan kau main wayang nak perbodohkan rakyat. Mereka keluarkan kenyataan dengan membayangkan seolah-olah cukai GST dalam topup ;

1. Keputusan syarikat telekomunikasi
2. Syarikat telekomunikasi wajar dipersalahkan dan punca kepada cukai tersebut
3. Syarikat telekomunikasi la yang kutip cukai tersebut
4. Kerajaan akan cuba berunding dengan syarikat2 tersebut
5. Dan bila gagal, sesetengahnya mungkin beranggapan kerajaan tiada kemampuan untuk kawal syarikat2 kapitalis itu dengan undang2 sedia ada.
6. Sekali lagi, orang awam akan meluat pada syarikat2 telekomunikasi bagi penyokong2 kerajaan yang setia dengan beranggapan menteri sudah berusaha.

Satu lagi taktik nak perbodohkan orang. Hanya orang UMNO sahaja yang percaya taktik bodoh menteri-menteri kau neh. Kerajaan kau sebenarnya telah menyorok fakta sebenar tentang beza SST dan GST.

Tengok aje nama cukai pada prepaid tue.

1. GST.

2. Sapa collect GST? KERAJAAN.

3. Maka siapa boleh mahsuhkan cukai pada prepaid? KERAJAAN.

4. Apakah syarikat telekomunikasi berkemampuan untuk tidak charge GST ke atas pengguna? TIDAK SAMA SEKALI.

5. Apa yang syarikat telekomunikasi boleh buat? Hanyalah SERAP cukai tersebut. Itu jika mereka mahu.

6. GST ialah cukai kepenggunaan. Kau bayar cukai bila kau guna barang/perkhidmatan tersebut. Cukai ini wujud sebab polisi kerajaan. Takde polisi ini, maka takde la prepaid dicukai. Atau jika prepaid dikecualikan GST, maka takde la cukai dalam penjualan prepaid.

7. Syarikat telekomunikasi tiada keperluan untuk serap cukai tersebut sebab sistem GST sendiri menyatakan penjualan kad topup termasuk dalam satu jenis perkhidmatan yang perlu dicukai dalam GST yang mana kiraannya nanti berdasarkan per item. 1 product 1 cukai.

8. Bukan macam SST. Satu keuntungan menyeluruh 1 cukai.

9. So bila dah macam neh kaedahnya tak mungkin la syarikat nak serap. Melainkan mereka kurangkan nilai prepaid supaya harga jualan tidak naik. (Dan kebetulan pula masa aku tengah update2, si Ahmad Maslan sendiri dah naikkan apa yang aku sebut kat twitter dia hahaha)

10. Menteri tahu tentang ini. Mereka tidak tunduk pada kapitalis. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dengan kapitalis mendapatkan sesuatu manfaat apabila rela dipersalahkan oleh rakyat jelata hasil dari spin menteri2 kau nak selamatkan tengkuk dan maruah depa dari kena pancung kat laman sosial.

Status2 twitter di bawah neh ialah cubaan memperbodohkan minda rakyat.


Untuk perkhidmatan telekomunikasi, SST ialah berdasarkan penjualan pukal manakala GST ialah kiraan berdasarkan per item.

Wayang berterusan.


Dan wayang terbaru.


Nampak?

Kenapa menteri tak boleh nak push telco untuk jual 10 pada 10 tanpa kurang airtime ke apa ke dalam topup mereka jika benar SST10%-GST6%?

Jawapannya mudah.

GST per item.
SST (telekomunikasi) per keuntungan/jualan.

Syarikat telekomunikasi pun sedar setakat mana had mereka. Dan menteri lebih tahu lagi. Sebab tue la dia keluarkan kenyataan seperti di atas. Cadangan aku kepada Ahmad Maslan, berhenti la berpura2. Dah teruk sangat kantoikan diri sendiri. Gentleman sudah. Fine. Kerajaan nak cukaikan topup. So? Taknak bayar cukai maka jangan la beli topup. P dok bulan sana. Jangan asyik nak salahkan kerajaan je. Settle. Ko pun tak pening kepala pecah otak nak cari idea spin sana spin sini kami pun senang kerja terus maki dari nak tulis panjang2 cari sebab untuk buktikan permainanan kau. Simple. Betul tak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...