Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Januari 2014

AMK Kena Kutuk KAW2 Sebab Bakar Bendera Jepun.

Kena kutuk bodoh ada. Bangang pun ada. Bebal pun ada. Bahlol pun ada. Bingai pun ada juga. Bengap pun ada sama. Ehh tolol pun tak ketinggalan.

Sorry na.

Bukan aku yang kutuk oke. Aku cuma taip balik aje apa yang kawan2 aku kutuk. Aku tak sokong gak tindakan korang. Tapi aku tak kutuk. Aku cuma gelak aje. Siyes. Gelak macam neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kisah pertama mula disini. Sekali KJ sound la pula.



Then aku tengok member2 seperjuangan pun ramai yang kutuk2 AMK. Dorang yang buat poster neh. Bukan orang2 BN oke. Kang tak pasal2 kena cop MACAI la pula.

HAHAHA..

Lihat ;



Oke fine. Kisah neh bermula disebabkan Anwar dihalang dari memasuki Jepun. Kenapa Anwar di halang? Rupa2nya disebabkan Anwar pernah dipenjarakan lebih dari setahun. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak kedutaan Jepun. Anwar mungkin lupa. Biasalah banyak tugas kan. Sepatutnya tugas AMK ialah cari fakta dulu dan ingatkan Anwar kembali. Banyak benda kot dia nak fikir. Itu neh. Sepatutnya AMK membantu Anwar menjernihkan kembali keadaan bukan nak tambah membangangkan lagi keadaan. Tak pasal2 orang kutuk AMK. Dan tak pasal2 terheret sekali nama Anwar Ibrahim. 

Hehehe..

Berikut jawapan yang diterima.

Baca ;


Kedutaan Jepun hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai, berkata Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini,” katanya kepada akhbar milik MCA, The Star.

Anwar pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Katanya, beliau bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia. Sekiranya tidak berbuat demikian, pihak berkuasa akan menahan saya.

"Apabila saya tanya, kenapa dihalang? Mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada 1999," katanya melalui Facebook.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-tidak-mohon-kebenaran-khas-kata-kedutaan-jepun

Masalah teknikal aje rupanya. Anwar mungkin fikir dia tak perlukan kebenaran khas susulan tindakan Jepun membatalkan polisi tanpa visa pelawat2 dari Malaysia. Rupa2nya untuk kes Anwar ia berbeza. Anwar tetap perlukan visa disebabkan dia pernah dipenjarakan.

AMK pula pergi berdemo.

Pijak bendera. Bakar bendera lagi. Dan err.. ajak boikot lagi?

KAH KAH KAH

Aku terpaksa memilih untuk gelak2 saja. Lebih2 kang kena sound pula. BTW, satu perkara yang aku suka ialah bilamana ada je benda2 yang tidak disukai dibuat oleh mana2 pemimpin2 PR, penyokong2 neh mereka tak tunggu orang lain bantah baru terhegeh2 depa kutuk, kritik, bidas dan bantah. Terus bantah on the spot. Twitter, blog mahupun facebook. Menarik. Mereka bukan jenis mengikut membuta tuli rupanya. Tak boleh la kena cop penjilat ye tak?

KAH KAH KAH

Untuk rakaman aksi lawak di atas rujuk sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...