Rabu, 17 Januari 2018

Tiga Abdul Dalam Kes Tanah FELDA - Ali Imran.

Oleh : Ali Imran
TIGA 'ABDUL' DALAM KES TANAH FELDA
"Saya tunjuk dahulu dokumen-dokumen ini pada semua, kalau tidak nanti ada yang tak percaya pula..."
Sinikal tahap dewa Tan Sri Shahrir dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak ni...pelajaran bagi yang berakal.
Jadi aku pecahkan kepada tiga benda besar, apa yang berlaku dalam press conference semalam.
1. Magika dan Lakonan
Aku belum pernah jumpa lagi PC macam ini.
Dimulakan dengan kata "let's start the magic..." TSS awal-awal lagi dah tunjukkan betapa dia sendiri pun nak habiskan isu ini cepat dan nak move on.
Memang seluruh kes ini ibarat satu pertunjukan magik. Tanah yang milik negara boleh dipindah milik begitu sahaja.
Sampaikan bila nak dipertahan dengan meletakkan kaveat, Pejabat Tanah Wilayah tak beri pula. Terpaksa minta bantuan KSN masuk campur barulah berjaya.
Pelantikan pentadbir tanah (PA) juga satu lagi silap mata. Pakai lantik (entah atas green light siapa) tanpa pengetahuan lembaga pengarah, lepas 3 bulan baru maklumkan ke board, kemudian endorse.
Magika paling agung adalah bila PA buat transaksi - sendiri jual, sendiri beli. Kalau Hussin Lempoyang dengar ini mesti dia berhenti jual unta.
Maka apa cara terbaik melawan magik? Caranya adalah mededahkan helah (expose the trick).
Bila orang ramai tahu helah si ahli silap mata, dia tidak lagi akan dipanggil ahli silap mata tetapi dipanggil penipu.
Si penipu takkan selamanya mahu dikecam sebagai penipu, dia akan mahu bersihkan namanya. Untuk itu dia akan buat apa sahaja.
Bila ini berlaku, masyarakat akan pandang orang yang 'expose the trick' sebagai 'greater magician' walaupun dia bukan pun nak digelar sebegitu.
Sebab itu TSS ada sebut kalau ada orang kata ini semua adalah lakonan, biarkanlah. Yang penting hak Felda terpelihara.
2. Tunjuk Isi Dokumen
TSS mulakan PC dengan cara paling pelik iaitu memaparkan gambar ISI dokumen yang baru ditanda tangani kepada warga media.
Yang biasa dibuat orang hanyalah paparkan muka depan sahaja, diiringi gambar kedua-dua pihak berdiri bersama (seperti yang aku letak di post ini).
"Kalau ikutkan saya nak tunjuk yang original tapi kita lepas sign cepat-cepat hantar ke peguam," kata beliau.
Kalau yang perhati betul-betul, masa TSS tayang dokumen ini tak ada bahagian yang di'sensor'.
Siap TSS 'insist' ditunjukkan persetujuan lembaga pengarah Synergy Promenade Sdn. Bhd lengkap dengan tanda tangan mereka untuk betul-betul orang faham transaksi ini adalah 'real'.
Tapi bila cuba diperangkap dengan soalan 'siapa pemilik SPSB?' pandai dia jawab,
"Saya tidak tahu siapa pemilik sebenar tetapi ahli lembaga pengarahnya adalah seperti dalam dokumen itu, yang dua orang itu."
Kalau ada yang ingat transaksi semalam sebagai 'tutup buku', not too fast bro.
Laporan polis tidak ditarik balik. Audit tetap diteruskan. Yang salah tetap dicari. Semoga ada tindakan yang diambil.
3. Era Baru Transperensi Felda
"I could just issue a press statement and walk away, you know," jawab TSS bila ditanyakan tentang ketelusan Felda menangani isu ini.
Sebaliknya Felda pula bersungguh buat 'no holds barred' press conference, hangpa nak tanya apa, tanyalah.
Seperti biasa TSS jawab semua soalan wartawan. Tiada yang dinyahkan.
"Transparency is now...saya jamin integriti di Felda akan jadi budaya Felda. Tidak akan ada isu yang disapu ke bawah meja," ulas TSS.
Pada beliau, Felda kini mahu 'balik asal'. Beliau mahu muafakat peneroka kembali utuh, dan para peneroka 'bersama Felda' dalam aktiviti penghasilan.
'Bersama Felda' bererti tidak kiralah peneroka itu tanam sendiri atau tidak, dia masih menjual hasil kepada Felda.
TSS juga pernah sebut (dalam pertemuan lain) aspirasi beliau menjadikan lebih ramai peneroka yang menanam sendiri. Tidak perlu berhutang dengan Felda untuk modal usaha tanah.
"Kita mahu lebih ramai peneroka bebas hutang. Sekarang baru ada dalam 9,000 orang. Jumlah ini kita perlu tingkatkan."
- - -
'Nakal' TSS macam biasa. Tanya pasal Najib, TSS balas mungkin kejayaan ini berkat doa orang ramai, termasuklah doa di Mekah, di Raudhah.
Kita semua tahu siapa baru balik Mekah, kan...haha!
Apa? Rafizi? - Kalau bab menuduh memang laju. Bab salah sendiri, krik..krik selalu.
Ali Imran
Wartawan Awam
*Kredit Gambar dan Kapsyen - Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...