"Pakatan Harapan dah umum calon Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri. Barisan Nasional bila lagi? Masih Najib Razak dan Zahid Hamidi? Siapa pula calon-calon PAS?," soalnya.
Persoalan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri PAS mula diperkatakan oleh beberapa pihak bagi mendapatkan culaan umum dan membandingkan prestasi-prestasi antara calon-calon yang dikemukakan oleh parti masing-masing dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 14.
Timbul juga beberapa dakwaan yang kononnya PAS dan BN akan bekerjasama dalam pilihanraya kali ini atas sebab itu PAS enggan menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri parti itu.
Blogger PPBM A.Kadir Jasin misalnya menulis Presiden BN, Najib Razak dan Presiden PAS, Hadi Awang, telah mengadakan pertemuan sulit bagi membenarkan PAS terus menguasai Kelantan pada PRU ke 14 kelak.
Rundingan Najib bersama Hadi itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin UMNO Kelantan namun tidak melibatkan Mustapa yang juga Pengerusi UMNO Kelantan.
Kerana jika pelan itu diketahui pasti ianya dibantah Mustapa dan sememangnya pemimpin itu membantah cadangan tersebut dengan menggunakan bantuan Tengku Razaleigh Hamzah - Ku Li selepas isi pertemuan dibocorkan tersebut oleh beberapa pihak kepada Mustapa tulis A.Kadir lagi.
"Najib tidak boleh kata 'no' (tidak) kepada Ku Li (Tengku Razaleigh) sama ada kerana hormat kepada mentornya itu atau mengakui bahawa dalam Umno, Ku Li masih ada sedikit kuasa untuk 'eye-balling' (menenung) beliau.
Jadi suka tidak suka, Najib dikatakan terpaksa berunding dengan Ku Li dan Mustapha di rumah Ku Li, di Jalan Langgak Golf off Jalan Tun Abdul Razak," katanya di blog.- 17 Januari 2018.