Rabu, 17 Januari 2018

Mahathir 'Nyanyuk' Secara LIVE Bagaimana Boleh Menjadi Calon Perdana Menteri?

PERTAMA sekali, ini bukan serangan peribadi yang bertujuan untuk memperlecehkan penyakit seseorang, keuzuran seseorang mahupun usia seseorang.

Mahathir Mohammad telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan dan perkara ini dipertahankan oleh Khalid Samad atas nama menarik undi melayu sekurang-kurangnya 5% seperti yang beliau sebut semasa di forum - Diskusi : Membedah Muafakat Harapan yang anda boleh saksikan disini.

Semalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM telah mengadakan sidang media LIVE yang boleh diikuti di Facebook page rasmi parti itu disini.

Ketika menceritakan tentang ROS yang tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan malahan ROS juga didakwa tidak memberikan apa-apa alasan konkrit mengenai tindakan mereka itu, secara tiba-tibanya Mahathir memperkatakan tentang SPR dan pengundi :

"Sehingga sekarang masih tidak ada jawapan apa-apa pun kepada permohonan kita (ini tentang ROS) --> Dan ini akan menidakkan hak rakyat untuk mengundi (Ini pasal SPR). Kerana jika tak beritahu dimana, tempat mana dia mengundi dan sebagainya maka hak rakyat yang dijamin dibawah perlembagaan kita, akan dicabulkan oleh SPR iaitu mereka tidak memberi hak kepada kita kepada rakyat untuk mengundi memilih pemimpin-pemimpin mereka".

Di minit 6 hingga 8 rujuk sini.

Keadaan ketika itu..


Krik krik krik..

Sebenarnya, penulis tidak faham apa maksud Mahathir bila tiba-tiba dia mengatakan rakyat tidak tahu hendak mengundi kat mana dan kaitannya dengan ROS - jika ini bukan keuzuran nyanyuk maka apa lagi. 

Untuk rekod, pengundi boleh membuat semakan lokalti undi di sini ataupun melakukan semakan secara SMS :

Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> Nombor Kad Pengenalan (contoh : 898181010808) dan hantar ke 15888.

Sesiapa sahaja pasti akan marah jika bapanya, saudaranya, pemimpin kesayangannya, tokohnya ataupun individu yang dianggap negarawan agung dikatakan nyanyuk - bukan?


Untuk itu pihak penulis meminta maaf kerana menggunakan perkataan seperti itu namun ia adalah perkataan paling sesuai dan tepat bagi mengambarkan kondisi semasa Mahathir. Ia tidak bertujuan untuk menghina tetapi ia perlu dinyatakan untuk menjelaskan keupayaan Mahathir pada hari ini berbeza dengan keupayaan Mahathir pada waktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke empat suatu ketika dahulu.

Keupayaan Mahathir yang sudah terbatas ini seharusnya difahami oleh semua pihak dengan berhenti mengheret tokoh itu ke sana ke mari dan mencalonkan Tun sebagai Perdana Menteri.

Bukan kerana beliau bersama Pakatan. Jika tokoh yang sama ataupun tokoh yang berbeza dicalonkan oleh mana-mana parti sekalipun, atas ruang demokrasi yang terpakai ke atas sesiapa sahaja penulis akan memberikan alasan dan reaksi yang serupa.

Dan jika BN atau PAS mencalonkan PM yang seperti ini - apakah penyokong Pakatan ataupun pemimpin Pakatan tidak akan mempertikaikan keupayaan calon tersebut? Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dari azali lagi menyerang pemimpin yang mereka benci samada secara peribadi, fitnah mahupun fakta. Mereka suka mencampuradukkan antara emosi benci, marah dan sentimen ketika menzahirkan isu-isu di dalam negara ini. Mereka tidak boleh focus tentang fakta sahaja. Ia perlu ada elemen kebencian, menghina bahkan sampai ke tahap menfitnah. Penulis tidak akan menghurai lanjut tentang hal itu.

Alasan mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana boleh membawa undi melayu seperti diperkatakan oleh Khalid tidak dipersetujui penulis bahkan ia boleh memberikan membayangkan yang berbeza.

Wajah dan nama Mahathir dipergunakan untuk membawa undi melayu - apakah ini tindakan yang betul? Bukankah ini memberikan maksud yang PAKATAN mahu menipu dan memperdayakan orang melayu dengan perwatakan Mahathir?

Jika Pakatan mahu undi melayu bukankah PAKATAN patut focus kepada polisi-polisi yang boleh mempengaruhi orang melayu untuk mengundi parti kamu? Seberapa lama kamu perlu mengulangi strategi-strategi gagal dengan menaikkan sosok dan bukannya idelogi ataupun sememangnya pembangkang tidak mempunyai idelogi yang jelas dan tersusun?

Kebodohan pembangkang yang diulang-ulang ialah menggunakan politik personaliti untuk menarik minat pengundi sedangkan seharusnya mereka mengunakan politik idea dengan memperkenalkan polisi-polisi yang mesra rakyat.

Itu yang sampai sanggup jadi mesin dobi ekpress 24 jam.

Anda kotor? Korup? Ada isu? Skandal? Masuk sahaja Pakatan Harapan. Imej dan perwatakan anda akan dicuci dan digilap sebagai wira baru kelahiran pembangkang. Kadang penulis sampai terlupa. Mereka neh parti politik ke atau kedai dobi yang berperanan mencuci pemimpin bermasalah. 

Mahathir masih dalam pembangkang sekalipun beliau bukan calon Perdana Menteri - apakah ini tidak cukup kuat untuk menarik undi melayu sehingga perlu mencalonkannya dalam jawatan tertinggi untuk membuatkan melayu terpegun? Jika melayu tidak tertarik dengan Mahathir yang berada dalam pembangkang bagaimana melayu boleh tertarik dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri?

Ramai yang memperkatakan ia merupakan satu tindakan bodoh untuk takut kepada individu yang berusia 93 tahun. Sebenarnya ramai yang tidak faham - ia bukan penulis takut atau kita yang menentang ini takut tetapi ia kerana lemahnya lidah, kelunya jari kami apabila bercakap tentang skandal-skandal Mahathir yang selama ini rajin dimainkan oleh Pakatan.

Apabila kita berkempen tentang Pakatan dan Mahathir ialah Perdana Menteri - lawan kami memberikan kami seribu satu list mengenai skandal-skandal Mahathir yang mana list-list itu sendiri dibongkarkan, disebarkan, dimainkan, diulang-ulang oleh Pakatan.

Bagaimana boleh jawab ini?
Nak dakwa Mahathir selepas menang - tapi dia PM?
Dia dah minta maaf dan ia merupakan adat melayu - jadi rakyat yang melakukan jenayah boleh dibebaskan dan dilepaskan dari tindakan undang-undang selepas meminta maaf?


Jika Mahathir tidak bersih bagaimana dia boleh menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk melawan Najib yang korup?

Calon Pakatan korup.
Calon BN korup.
Dan jika rakyat mahu perubahan rakyat kena undi calon korup Pakatan dan perubahan itu akan datang dengan sendirinya selepas Pakatan menang.

Are you not enough crazy yet, Pakatan?

Sebelum suruh rakyat berubah atau memacu sebuah perubahan, korang la yang kena berubah dulu. Jika kau tak mampu nak ubah organisasi parti yang mana kau tak perlukan kuasa undi rakyat pun untuk membetulkan keadaan bagaimana kau boleh menyakinkan orang lain kau boleh membetulkan negara jika kau ada KUASA?

Ubah dengan meletakkan calon yang bukan sahaja perlu dilihat bersih bahkan benar-benar bersih. Ia di dalam kawalan dan kapasiti parti kau sendiri.

Lakukan perubahan dalam parti sendiri, barulah boleh keluar ucapan penuh bangga untuk mendesak rakyat berubah.

Jika kita sendiri TIDAK BERUBAH, maka apa kelayakkan kita untuk menyuruh orang berubah sedangkan prestasi, cara, strategi politik kita pun ditakuk lama bahkan semakin lama semakin meluatkan dan meloyakan pemikiran rakyat yang waras lagi berakal wahai Pakatan Harapan.

Ramai juga marah bila mempertikaikan pencalonan Tun. Mereka bahkan tanya, jika bukan Tun maka siapa? Siapa yang layak? Benar ke nak tahu siapa yang layak? Berani ke Pakatan buat culaan dan tanya penyokong kamu satu persatu misalnya? Dan adakah kamu akan meletakkan individu yang paling disebut mereka sebagai calon? Jika tak berani tak payah tanya siapa yang ada dalam hati penyokong-penyokong kamu sendiri. 

Penulis tidak mempercayai Pakatan akan menang dan sekalipun Pakatan menang, penulis tidak bersetuju dengan mengubal apa-apa akta bagi membolehkan Anwar bertanding dan dilantik sebagai Perdana Menteri kononnya itulah antara perkara yang akan dilakukan oleh Mahathir sebagai PM.

Bagi penulis, PKR dan segala jentera reformasinya perlu reformat semula. Hidup ini bukan tentang cita-cita peribadi Anwar. Negara ini bukan negara milik Anwar.

Mengubal akta demi tujuan peribadi sebenarnya kerja bodoh. Jika Pakatan sudah ada pelan ekonomi dan hanya tinggal perlu dilaksanakan sahaja, maka lantiklah yang terbaik dikalangan kamu sebagai Perdana Menteri real dan bukannya interim semata-mata nak juga berPM kan Anwar. Cina boleh, india boleh ada apa masalah jika mereka punya merit dan kelayakan.  

Andai akta yang sama digubal oleh pemimpin BN untuk tujuan peribadi pastinya kamu semua akan bising bukan? Jadi jangan buat benda yang kamu akan larang lawan kamu buat.

Bukan ke Pakatan sering berkata beri peluang pada anak muda? Bila ia tiba pada kamu, kenapa tak lakukan perkara yang serupa? Ahh.. salah satu kelebihan Pakatan yang terlupa penulis nak sebut, mereka memang pandai menyuruh dan mendesak pihak lawan tetapi bila ia terkena ke atas diri mereka, mereka akan buat-buat bodoh. Maafkanlah penulis kerana terlupa.

Jika Pakatan tiada branding yang bagus, ia bukan salah rakyat yang tidak memilih kamu.

Dalam negara ini kita mengamalkan konsep demokrasi. Setiap orang mempunyai hak untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu branding itu dan penulis tidak menyukai branding Pakatan Harapan. Janganla disebabkan kejujuran penulis ini penulis dicop sebagai macai Baziran Nasional pula. Penulis ada tabiat suka bercakap dari hati tak pandai menjilat dan bukan pemakan duit ahli politik.

Bagi penulis untuk melawan korupsi negara, lawan dulu korupsi sendiri. Rumah sendiri kotor mengata rumah orang lain. Kalaupun Mahathir hilang keseimbangan untuk berfikir dengan baik disebabkan faktor usia dan fizikal, bagaimana pula beratus-ratus pemimpin di dalam Pakatan tidak membetulkan kepincangan yang terang-terangan ini? Tak berani ke nak kata, Tun awak sudah berusia Tun. Sudah hilang keupayaan. Percakapan pun seringkali tidak berapa tepat di hadapan media. Awak ada skandal banyak Tun. Susah nak kempen Tun. Tun rehatlah sebagai pemimpin. Kempen la sebagai pro Pakatan Tun. Tidak boleh ke berterus terang? Adakah rasa takut? 

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut bercakap benar, bagaimana boleh menjadi pemimpin yang ber-amanah? 

Ah sebelum terlupa. Wan Azizah juga tak layak menjadi calon Timbalan Perdana Menteri. Adakah kita sedang bermain kipas? Lantiklah calon yang boleh buat kerja. Ingat nak urus negara macam urus parti politik yang huru hara dan tunggang langgang ke? 

Sekian, salam 1dedak, asal tak bersetuju dengan kamu, kamilah pemakan dedak - branding yang basi. Carilah modal yang lain. Jemu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...