Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Januari 2018

Salam Jari Tengah Untuk Kamu DAP! - Jefry Musa.

Oleh : Jefry Musa
“Even if you are a minority of one, the truth is the truth.” Mahatma Ghandi.
Inilah masalah Pakatan Harapan hari ini, mereka tidak lagi mahu menerima kebenaran dan fakta-fakta sejarah. Seperti kata Fathi Aris Omar cubaan ‘politik melupakan’. Ramai kawan-kawan saya yang terkena jangkitan penyakit ini, mereka bukan lagi berada di dalam ruang perubahan tetapi ruang penafian.

Setiap butir perkataan atau penulisan yang dikeluarkan oleh teman-teman PH ini apabila saya baca, saya hanya nampak penghinaan kepada diri mereka sendiri.
Mereka berkata mereka parti pertama yang mengangkat wanita sebagai TPM, tetapi bagi masalah PPR ini mereka mengusir keluar seorang wanita kerana memilih pasangan hidup warga asing sedangkan ini tidak menjadi masalah kepada lelaki yang berkahwin dengan warga asing.
Mereka berkata orang-orang yang miskin adalah bergaji bawah RM1500, tetapi mereka mengusir keluar wanita yang hanya bekerja sebagai tukang cuci di balai polis atas alasan gaji atas daripada RM750.
Mereka percaya bahawa tekanan ekonomi serta kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai memerlukan rumah PPR, tetapi pada masa yang sama rekod menunjukkan Penang menghadapi krisis lambakan rumah mewah yang tak terjual sehingga ditegur oleh Bank Negara.
Tiada siapa yang mahu ambil tahu masalah-masalah mereka ini. Mungkin kerana mereka bukan melayu (minoriti) dan majoriti yang menjadi mangsa pengusiran adalah wanita. Malah yang paling tersial ada yang mengiyakan pengusiran paksa ini dengan andaian yang paling cerdik,
“Rumah ada piring astro macam mana boleh kata miskin?”
Saya mungkin tidak dapat membantu sepenuhnya mereka semua seperti ‘kerja-kerja kampung’ saya sebelum ini. Masa saya di Penang sudah tidak lama, habis belajar nanti saya akan pulang ke kampung halaman menanam betik.
Saya harapkan ada mereka yang mahu meneruskan kerja-kerja nabi ini atau sekurangya menyebarkan dan bersolidiriti bersama orang-orang miskin.
Kepada Parti Tindakan Pemaju itu, salam jari tengah saya kepada kamu semua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...