Isnin, 15 Januari 2018

Dikepung Segenap Laluan, Mazlan Aliman Gagal Tembus Felda Mata Ayer.

AJK Parti Amanah Negara yang juga Pengerusi NGO ANAK - Persatuan Peneroka Anak Felda Tempatan, Mazlan Aliman meluahkan kekesalannya kerana dihalang dari memasuki Felda Mata Ayer semalam.

Menurut Mazlan Aliman, pihaknya juga menerima maklumat terdapat laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu bagi menghalang kumpulannya memasuki kawasan Felda.

"Saya dan rombongan PH Perlis disekat memasuki Felda Mata Ayer petang ini. JKK, Majlis Belia Felda dan hampir 40 orang membuat sekatan di pintu masuk Felda tersebut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Parti Amanah Negara





Menurut Mazlan Aliman lagi, pihaknya telah cuba berunding agar diberikan laluan untuk masuk ke rumah penyokong Pakatan Harapan namun tetap tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan Felda Mata Ayer.

"Rundingan dibuat namun, mereka berkeras tidak membenarkan kami masuk atas alasan boleh memecah belahkan masyarakat. 

Program minum petang sepatutnya di adakan di rumah penyokong Amanah. Ust Zolkarnain Abidin (Pengerusi Amanah Parlimen Padang Besar) membacakan doa sebelum bersurai. 

Terima kasih pihak polis yang mengawal suasana," katanya lagi.

Mazlan Aliman turut menjelaskan kegagalan memasuki Felda Mata Ayer tidak menjejaskan gerak kerja Pakatan Harapan Perlis apabila menerima sambutan mengalakkan di Felda Chuping malahan warga Felda Mata Ayer turut menghadirkan diri ke program Felda Chuping bagi mendengar sendiri penjelasan ANAK mengenai isu-isu yang membelenggu warga FELDA selama ini.

"Syukur Alhamdulillah, Jelajah Selamatkan Felda di Felda Chuping malam tadi dihadiri ramai warga Felda khususnya Gen 2&3. 

Meskipun disekat di Felda Mata Ayer, ia tidak menghalang masyarakat untuk hadir bagi mendapatkan gambaran sebenar kemelut Felda. 

Meskipun banyak banner di pasang menghentam ANAK dan Dato' Mahfuz, ia isu kecil berbanding pendedahan skandal Felda seperti tanah Jalan Semarak, FGV, kehilangan berbilion ringgit wang felda, perumahan Gen 2, hutang peneroka dan pendapatan rendah peneroka. 

InshaAllah, perubahan besar diyakini akan berlaku di kerusi Parlimen PRU 14 Ini," jelasnya lanjut. - 15 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...