Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 November 2017

Jambatan Roboh Di Program UMNO, 50 Penduduk Terjatuh Ke Dalam Laut.

Oleh : Bernama 
Seramai 50 penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menghadiri program Tautan Kembali selepas kawasan tempat mereka berdiri di pekarangan sebuah rumah di atas air, roboh dalam kejadian di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada sabtu lepas.
Wartawan Bernama menyaksikan sebahagian kecil penduduk kampung jatuh ke laut selepas sebahagian kawasan tempat berlangsungnya program Tautan Kembali itu roboh secara tiba-tiba, sehingga mengejutkan orang ramai yang hadir termasuk Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban yang ketika itu sedang berucap.
Dalam kejadian 2.50 petang itu, seorang wanita cedera di kepala, dan mangsa lain termasuk beberapa kanak-kanak kecil serta ibu mengandung yang turut terjatuh, terselamat.
Sebelum kejadian itu, lebih 1,000 penduduk Kampung Bangau-Bangau yang menghadiri majlis tersebut sedang mendengar ucapan Ramlee mengenai Umno.
Susulan kejadian itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan antara RM20,000 dan RM30,000 untuk membaiki kawasan pekarangan yang roboh tersebut dalam tempoh seminggu.
"Kami tidak menjangkakan begitu ramai penduduk yang hadir pada program petang ini dan sehingga berlaku kemalangan ini.
"Syukur tidak ada yang melibatkan kemalangan jiwa, saya juga terkejut dengan insiden yang berlaku ini," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita selepas menyempurnakan program tersebut di Semporna, hari ini.
Program Tautan Kembali itu turut menjadi serampang dua mata selepas menyaksikan 29 kelompok iaitu membabitkan 1,020 anggota Parti Warisan Sabah (WARISAN) keluar parti untuk masuk Umno.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...