Sabtu, 18 November 2017

Pengotor, Saja Tinggalkan Sampah Lepas Program - Pengarah Komunikasi Amanah.

Pengarah Komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan, Tarmizi Mohd Jam hari ini membidas pihak yang mengadakan program di Wisma Tok Guru sebagai pengotor kerana dakwanya dengan sengaja meninggalkan longokkan sampah sesudah selesainya program yang dijalankan oleh kumpulan tersebut.

PAS sebelum ini dilaporkan mengadakan Himpunan Solat Hajat & Kesyukuran selepas mahkamah menolak injuksi Husam Musa bagi pemilikan tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru.

Tanah itu dibeli oleh Yasin dengan nilai rm700,000 dari isteri arwah Datuk Rosli yang sebelum ini memberikan keizinan kepada Husam Musa untuk terus menggunakan bangunan dan tanah tersebut meskipun telah bertukar parti daripada PAS kepada Amanah di Kelantan.

Alasan mahkamah menolak injuksi Husam Musa itu ialah kerana tiadanya 'locus standi' dan Amanah perlu membuka pintu kepada PAS untuk memasuki kawasan dan menjalankan aktiviti mereka di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun Husam Musa memohon injuksi kedua bagi menentukan pemilikan ke atas bangunan yang didirikannya di atas tanah berkenaan.

"Apakah mereka pengotor atau hati mereka yang kotor sarat dengan dendam kesumat sehingga tak reti nak bersihkan, longgokkan sampah di tempat yang sepatutnya?," soal Pengarah Komunikasi Amanah dalam satu kenyataan di Facebooknya. 







Selain isu sampah, pihak yang tidak dinamakan itu turut disindir isu salah qiblat walaupun individu yang menyebarkan tuduhan berkenaan telah membetulkan kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka.

"Sah itu sampah sarap mereka hasil acara solat hajat yang salah arah qiblat. Lagak sampah-sampah itu diletak dan yang diteraburkan dalam tandas serta tempat wuduk, sangat sukar untuk mengatakan ia dibuat tanpa iringan perasaan dendam, marah," tambahnya lagi. 

Patutlah sampai tersalah qiblat yang tak sepatutnya berlaku oleh sebuah parti suci. Amacam?," katanya mengakhiri status berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...