Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 November 2018

"Kalau Tak Boleh Tunai Janji, Jangan Menipu & Gunakan Saya Sebagai Alasan", Najib Sound Maszlee Malik Kaw-Kaw..

POLITIK | Semua ini bermula apabila Dr. Maszlee menjawab kepada sindiran Najib Razak mengenai pendidikan percuma.

Najib Razak memerli Menteri Pendidikan itu yang memberikan jawapan di Parlimen bahawanya pendidikan di negara ini hampir percuma, yakni, pelajar hanya perlu membayar sedikit yuran sahaja oleh itu pendidikan percuma tidak akan dilaksanakan kerana pendidikan di Malaysia hampir percuma.  


"Zalim dijenamakan semula sebagai "Hampir Percuma."

Dulu kata kerajaan BN zalim terhadap anak muda. Pendidikan dilaungkan sepatutnya percuma, PTPTN patut dihapuskan.

Malah turut diumumkan sebagai janji mereka untuk mengatasi inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerajaan BN yang begitu meluas dan terancang.


 
Malangnya, apabila ditanya mengenai janji mereka di Dewan Rakyat petang ini, Menteri Pendidikan menjawab bahawa tiada rancangan untuk pendidikan percuma kerana pendidikan sudah hampir percuma.

“Pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma. Pengajian tinggi juga hampir percuma yang mana pelajar hanya perlu membayar 10% daripada kos operasi. Kos 10% itu juga ditanggung kerajaan menerusi biasiswa dan secara tidak langsung menerusi PTPTN. Pembayaran balik juga boleh dirunding mengikut kemampuan peminjam.” kata Menteri PH ini.

Bukankah itu yang kerajaan BN dahulu melakukan juga? Apa bezanya? Pendidikan rendah dan menengah juga percuma sekarang kerana kerajaan BN yang mansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012.

Bak kata orang lencun terus, mereka yang sebelum ini berharapan apabila mendengar jawapan rasmi Menteri Pendidikan PH hari ini mengenai janji-janji dan hasutan PH dahulu,"
kata Najib Razak dalam satu kenyataan di Facebooknya.


Kenyataan Najib yang dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan itu kemudiannya dibaca oleh Maszlee lalu beliau bertindak menjawab kepada sindiran Najib itu di Facebooknya.


"RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk 4 tahun.

RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman.

Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli BIJAN, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi,"
katanya dalam kenyataan balas itu.


Di ruangan komen pula, nampaknya Menteri Pendidikan itu tidaklah menerima sokongan padu netizens sebaliknya diserang bertubi-tubi pula dari pelbagai pihak yang berbeza idelogi politik.



Kelihatan juga penyokong Pakatan Harapan gagal menjawab hujah dan mempertahankan menteri mereka. 

Selepas melihat respon Maszlee itu, Najib kemudiannya menjawab di Facebooknya. Menurut Najib, Maszlee perlu berhenti menipu mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma.

Najib juga mahu Maszlee berhenti menggunakan dirinya sebagai alasan setiap kali Pakatan Harapan menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

"Selepas menipu rakyat mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma, pagi tadi Menteri PH ini pula mahu menipu mengenai isu RM2.6b.

Untuk makluman Menteri ini, saya sudah dituduh di Mahkamah kerana menerima wang ini dan saya juga dituduh secara rasmi dengan 5 dakwaan (pemulangan dipecahkah kepada 5 kali atas kehendak bank untuk mengurangkan kesan kepada pasaran FOREX) kerana memulangkan wang ini kepada akaun penghantar 4 bulan selepas menerimanya, iaitu telah "return to sender".

Sudah 6 bulan selepas barang-barang dirampas dan tidak ada 1 tuduhan yang mendakwa wang RM2.6b itu digunakan untuk membeli beg tangan, cincin dan sebagainya.

Pendakwaan di mahkamah pun digunakan menteri PH sebagai bahan fitnah. Adakah peranan menteri pendidikan kita adalah untuk mendidik rakyat menipu dan menfitnah Inikah pendidikan "percuma" yang dimaksudkan itu?

Kalau tak boleh tunaikan janji, tak payah untuk menipu dan menggunakan saya sebagai alasan,"
katanya dalam kenyataan itu.


Maszlee bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon susulan berhubung jawapan balas dari Najib itu. - 2 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...