Khamis, 1 November 2018

Ini Respon Netizens Mengenai Gaji Menteri Malaysia Dan Ada Yang Bertanya Kenapa Azmin, Mat Sabu Tak Isytihar Pendapatan?

SOSMED | Sosial media hari ini bagaikan dilanggar garuda apabila mendapat tahu gaji sebenar yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan menteri-menteri di Malaysia.

Setakat 1 November 2018, Lim Guan Eng menjuarai carta dengan meraih pendapatan bulanan tertinggi iaitu RM 86,464.92.

Namun angka ini mungkin berubah pada bila-bila masa apabila Azmin, Anwar, Muhammad Sabu memasuki carta.

Berdasarkan rekod di portal SPRM, Ahli Parlimen berprofil tinggi seperti Shafie Afdal, Anwar Ibrahim, Muhammad Sabu dan Azmin Ali belum lagi mengisyiharkan pendapatan masing-masing kepada SPRM setakat ini.

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga belum  mengisytiharkan pendapatannya kepada SPRM.

Ahli Parlimen PAS dan BN dipercayai tidak terikat dengan peraturan terbaru ini bagaimanapun ramai pihak berharap agar kesemua ahli parlimen dan anggota pentadbiran negeri turut mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing kepada SPRM agar langkah Pakatan Harapan mahu mereformasikan pentadbiran negara yang bebas rasuah dan telus dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Dan berikut kami kongsikan sedikit pandangan netizens mengenai gaji menteri-menteri di Malaysia;

Sebab tula kerajaan takde duit.. 


Tak apa la gaji banyak asalkan bukan pendapatan hasil haram.. 
 

Gaji rakyat naik RM50 jaa.. 
 

Mana Menteri Ekonomi?
 

 
Meskipun pendedahan oleh SPRM ini disusuli dengan respon negatif oleh kebanyakan netizens, namun bagi pihak kami langkah Pakatan Harapan mendedahkan pendapatan masing-masing layak dipuji.

Soal samada mereka mendapat banyak atau sedikit, layak atau tidak layak, bersesuaian dengan hasil kerja atau tidak, anda boleh tentukannya dengan sentiasa semak dan imbang ahli parlimen masing-masing di tempat masing-masing. 

Jangan berdiam diri jika mereka ponteng parlimen. Jangan membela jika mereka tak buat kerja. Jangan menyokong jika mereka tak menyelesaikan masalah. Itu tugas anda sebagai pengundi. Sentiasalah semak setiap tindakan pemimpin kerajaan dan sentiasalah imbang setiap keputusan yang dibuat kerajaan bagi memastikan tugas yang mereka lakukan adalah berbaloi dengan gaji yang diterima setiap bulan. 

Jangan jadi pengundi yang hanya tahu nak marah sahaja bila menteri mendapat gaji yang tinggi tetapi tidak mahu memantau hasil kerja mereka di tempat masing-masing. Pengundi yang ignorant juga merupakan satu masalah.

Ini adalah kali pertama kerajaan melakukannya secara terbuka bagi merealisasikan ke arah pentadbiran yang telus dan bebas rasuah.

Usaha yang baik ini bagi pihak kami perlu dipuji dan jika anda memilih mengecam ahli-ahli parlimen ini kerana bersikap jujur, terbuka dan telus, terserah. - 1 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...