Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Oktober 2018

Dakwaan Cabul, Shahidan Kata Jumpa Dalam Kereta Kerana Sakit Tidak Boleh Berjalan..

THE MALAYSIAN INSIGHT | BEKAS menteri Umno Shahidan Kassim mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengaitkan beliau kes cabul gadis bawah umur.



Ahli Parlimen Arau itu berkata, beliau akan berbincang dengan peguam untuk bertindak terhadap penyebar tuduhan itu.

Shahidan berkata beliau menganggap gadis dalam kes tersebut seperti seorang anak dan ahli keluarganya sendiri dan beliau juga dalam keadaan uzur.

“Saya anggap anak-anak dan cucu saya. Jadi tidak timbul ingin lebih daripada itu (hubungan keluarga). Lagipun saya tak berapa boleh berjalan.

“Saya akan bincang dengan peguam tapi tidak pasti saya akan berdiam diri,”
katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini.

Bekas menteri besar Perlis itu juga meminta semua pihak untuk tidak memanjangkan isu ini dan memberi ruang kepada polis untuk siasatan lanjut bagi kes melibatkan remaja terbabit.

Malah, keluarga kepada penggiat persembahan muzik jalanan berkenaan juga telah menarik balik laporan tersebut, katanya.

“Saya tidak mengambil hati kerana kami telah bermaaf-maafan kerana saya pasti keluarga anak perempuan tersebut memahami saya yang mengangap anak-anak busking ini semua sebagai anak-anak dan cucu-cucu saya sendiri.

“Saya telah beri kerjasama baik kepada pihak polis dan berharap pihak media tidak panjangkan perkara ini kerana menjejaskan maruah anak perempuan tersebut, kerana anak perempuan ini mempunyai masa depan dan harus diberi perlindungan,”
katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian yang menimpanya mungkin ada unsur sabotaj memandangkan beliau adalah ahli politik.

“Allah menyediakan syurga dan neraka. Jadi ada orang memilih neraka dibuatlah cara nak masuk neraka,” katanya.Beliau juga kesal kerana butiran dan maklumat peribadi remaja tersebut turut disebarkan untuk membangkitkan tuduhan ke atas dirinya.

“Mempamerkan aib tanpa (peduli), ia adalah satu tidak wajar. Saya kesal sebab ia melibatkan kanak-kanak dan gambar IC (kad pengenalan) itu (tular) tanpa sebab. Kasihan,”
katanya.

Jelasnya lagi, dalam kejadian dua minggu lalu, beliau meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan muzik diadakan “untuk berbual”.

Gadis itu pula dalam laporan polisnya mendakwa seorang ahli Parlimen menyentuh tubuhnya secara tidak wajar dalam kejadian tersebut.

Laporan itu ditarik balik namun Shahidan disiasat selama tujuh jam berhubung dakwaan terbabit. – 31 Oktober 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...