11 - Pas/Bn
5 - PH
Total : 16 orang
Menurut jawapan YB Sivarasa Rasiah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di Parlimen;
1. MPPK dilantik Kerajaan Negeri 11 orang, dibayar gaji elaun RM500 (pengerusi), RM300 (su) oleh Kerajaan Pusat. Sebelum ini JKKK semua 100% Umno/Bn.
2. Mesyuarat Kabinet Terbaru bersetuju untuk Tambah 5 orang lagi ahli MPKK di setiap mukim bagi mewakili PH dilantik Kerajaan Pusat.
3. Kenyataan Dato Mohd Amar semalam jelas nampak menolak cadangan usaha Kerajaan Pusat untuk mengwujudkan MPKK yang dianggotai oleh semua parti dalam satu organisasi.
4. Hasrat Kerajaan Pusat adalah bagi menyatukan semua rakyat di akar umbi dalam satu platform, bekerjasama dalam membangunkan komunit kampung dengan memberi geran tahunan RM10,000 setiap mukim.
5. Sepatutnya Dato Mohd Amar dan Kerajaan Negeri bersyukur atas cadangan Kerajaan Pusat ini untuk tidak mendiskriminasi Penghulu Pas di kampung kampung, jadikan wadah ini untuk menyatukan masyarakat di akar umbi demi pembangunan kampung pada masa depan.
Syam Ghaz
Penyelaras Dun Apam Putra
-------
Terdahulu, Mohd Amar dipetik portal Malaysiakini menegaskan pihaknya tetap mengekalkan anggota agensi komuniti itu dengan 11 orang.
"Kita kekal dengan 11 orang bermula tahun depan, yang itu (tambahan) saya tak tahu. Kita pegang kepada keputusan mesyuarat, selagi tak berubah itulah keputusan kita.
"Kita dah ada calon, kita setiap tahun lihat balik senarai calon, 639 penghulu mukim. Seramai 11 orang ahli jawatankausa mukim dipengerusikan oleh seorang penghulu.
"Salah seorang lagi dilantik sebagai setiausaha, mengikut kementerian setiausaha diberi elaun RM300 sebulan manakala ahli jawatankuasa lain menerima elaun mesyuarat saja," jelasnya.
Menurut Mohd Amar lagi isu MPKK sudah diselesaikan hasil perbincangan kerajaan negeri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.
"MPKK ini sudah lama diselesaikan. Cuma kita minta tukar nama sikit, kita (mahu) guna Majlis Penghulu Mukim (MPN), kita minta kebenaran sebab kita sudah lama rancang.
"Datuk Husam siapa? Dia atas kapasiti apa? Cuma senator, dia dengan kita tiada apa-apa.
"Kita hanya ambil keputusan mesyuarat dengan menteri. Rina serah kepada kerajaan negeri untuk buat pemilihan pelantikan," katanya kepada media selepas Persidangan DUN Kelantan pada selasa. - 31 Oktober 2018.