Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Oktober 2018

Rupanya Najib Dan Rosmah Ialah Komunis & Ini Adalah Buktinya..

SOSMED | Hari ini Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato Azwanddin Hamzah membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan rakyat Malaysia.


"Hari ini dengan sengaja Timbalan Menteri Pertahanan berpakaian seragam komunis di hadapan tentera melayu. Ini sikap kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

via GIPHY

Pendedahan mengejutkan itu juga membuatkan ramai sukarelawan di sosmed kemudiannya tampil melakukan siasatan.

Dan mereka kemudiannya turut menemukan bukti bahawanya Najib, Rosmah dan Salleh Keruak juga pernah memakai pakaian seragam yang sama.



Rupa-rupanya telah lama Malaysia dipimpin oleh pemimpin komunis. Semoga dengan bukti yang begitu padu ini, Dato Azwanddin Hamzah dapat membuat laporan polis bagi menyiasat fenomena luar jangka ini. Kami semua dibelakang Dato Azwan. Jangan risau.

KENYATAAN MEDIA | Baju korporat Khaki

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan Menteri Pertahanan telah memakai uniform ala-komunis semasa pemeriksaan perbarisan ATM dalam lawatan ke kem.

Tuduhan JMM itu merupakan satu penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan Malaysia.

Baju tersebut merupakan baju korporat "bush jacket" yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.

Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamed Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut.

Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini.

Warna "khaki" baju tersebut tidak ada kena-mengena dengan komunis, ia antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia.

Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995.

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna "khaki" dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017. 

Kesemua anggota Kabinet dan barisan dif kehormat telah memakai baju tersebut semasa Sambutan Hari Kebangsaan rasmi.

Pakaian seragam tentera adalah eksklusif dan hanya sesuai dipakai oleh pegawai yang telah ditauliahkan sahaja.

Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan liar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan. - 30 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...