Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 Oktober 2018

Pensyarah Pertikaikan Kenapa Media Sorok Kritikan Tun Mahathir Mengenai Sekolah Vernakular.

Kamarul Yusoff | MENGAPA KRITIKAN TUN DR MAHATHIR TERHADAP SEKOLAH CINA DAN TAMIL TIDAK DAPAT LIPUTAN MEDIA MALAYSIA?
 

Pada 25 Oktober 2018 yang lalu, dalam satu dialog dengan masyarakat Malaysia di Bangkok, Thailand, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata bahawa Sekolah Cina dan Tamil adalah penghalang kepada perpaduan nasional.


Kata beliau, pada mulanya “kita” mahukan hanya satu sistem sekolah kebangsaan, tetapi disebabkan desakan pihak yang mahu mereka diizinkan mengikuti budaya negara asal mereka, maka Sekolah Cina dan Tamil pun dibenarkan.

Tambah beliau, bila kaum berbeza belajar di sekolah berbeza, mereka tidak mengenali kaum lain dan bila habis sekolah mereka bekerja dengan kaum lain yang mereka tiada atau kurang hubungan, dan ini menghalang wujudnya perpaduan nasional.

Sebelum ini, dalam satu dialog dengan masyarakat Malaysia di Jakarta, Indonesia, pada 28 Jun 2018, Tun Dr Mahathir juga dilaporkan sebagai berkata bahawa Kerajaan Malaysia berharap untuk melihat wujudnya satu sistem sekolah sahaja.

Kata beliau, walaupun satu sistem sekolah akan mewujudkan perpaduan nasional, ia hanya akan berlaku jika rakyat mahukannya, tetapi kewujudan politik ekstremis dan rasis yang melebihkan kaum daripada negara menyebabkan ia sukar berlaku.

Begitupun, kata beliau, “kita” merancang untuk meletakkan sekolah berbeza ini pada kampus yang sama di mana mereka boleh terus menggunakan bahasa berbeza tetapi kegiatan seperti sukan dan perhimpunan akan disekalikan menggunakan bahasa kebangsaan.

Pengumuman Tun Dr Mahathir selaku Ketua Kerajaan Malaysia mengenai rancangan untuk meletakkan Sekolah Cina dan Tamil pada kampus yang sama dengan sekolah kebangsaan adalah satu perkara besar yang bersangkut dengan dasar Kerajaan Malaysia.

Peliknya, mengapa rancangan ini mahupun kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Sekolah Cina dan Tamil yang dibuat di Jakarta, Indonesia, pada 28 Jun 2018 dan di Bangkok, Thailand, pada 25 Oktober 2018 ini tidak disiarkan oleh media-media utama Malaysia?

https://newmalaysiatimes.com/…/dr-m-vernacular-schools-st…/…

http://twentytwo13.my/…/dr-m-without-vernacular-schools-pe…/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...