Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 November 2018

Subsidi Petrol RON 95, Apa Yang Anda Perlu Tahu. #Belanjawan2019.

BELANJAWAN2019 |Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan satu mekanisme baru mengenai pembelian petrol di Malaysia.


Petrol ron 95 tidak lagi akan diberikan subsidi pukal seperti yang kerajaan lakukan sekarang. Dengan mensasarkan hanya kepada;

👉 Rakyat Malaysia

👉 Kumpulan b40

👉 Pemilik kenderaan berCC lebih rendah

Maka kerajaan akan dapat menjimatkan berbillion ringgit setahun kerana subsidi hanya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan ia.

Buat masa ini subsidi pukal ron 95 dinikmati oleh semua lapisan masyarakat miskin kaya, warganegara dan bukan warganegara.

Ini peraturan yang kerajaan akan perkenalkan bermula suku kedua yakni Apri 2019;

👉 Subsidi pukal ron 95 akan dinyahmahsuhkan

👉 Seiring dengan pemahsuhan subsidi pukal, subsidi bersasar akan diperkenalkan

👉 Sistem yang menyokong pemberian subsidi bersasar ini akan dibangunkan

👉 Pemilik kenderaan pertama bawah 1.5cc akan layak menerima subsidi bersasar ini

👉 Pemilik motor bawah 125cc akan layak menerima subsidi ini

👉 Saringan maklumat akan dilakukan, mengkhususkan kepada jenis kenderaan, pendapatan bulanan pemilik

👉 Setiap yang layak akan menerima 100 liter bagi kereta pertama dan 40 liter untuk pemilik motor

Bagaimanapun terdapat sedikit protes dari orang awam mengenai syarat baru yang dibentangkan oleh kerajaan ini. Timbul beberapa persoalan yang memerlukan kerajaan memberikan perhatian susulan;

👉 Pemilik kenderaan lama yang berCC lebih tinggi dari 1.5

👉 Pemilik kenderaan motor yang berCC lebih dari 125

Mereka ini membeli kenderaan lama yang lebih murah dan stabil dari segi prestasi bukannya kerana kaya raya tetapi kerana harga yang ditawarkan lebih berbaloi berbanding membeli kenderaan baru yang berCC lebih rendah namun mahal.

Had liter yang ditawarkan untuk 100 liter bagi pemilik kereta pertama dan 40 liter untuk pemilik motor juga perlu diberikan perhatian. Ia mungkin tidak cukup bagi mereka yang bekerja jarak jauh. Ataupun terlibat dalam kerjaya "delivery".

Kerajaan berkata;

Ron 95 akan diapungkan mengikut harga pasaran dengan menggunakan sistem APM - Automatik Price Market yang digunakan oleh kerajaan terdahulu

Kerajaan hanya akan membiayai subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter ron 95 yang dibeli pengguna.

Ini bermakna, 30 sen x 100 liter persamaannya ialah RM30 sahaja.

Manakala, 30 sen x 40 liter persamaannya ialah RM12 sahaja.

Ramai percaya kerajaan memilih untuk 'mengunci' nilai subsidi kepada 30 sen seliter bagi memastikan unjuran perbelanjaan yang dirancangkan mencapai sasaran.

Ini bermakna walaupun pengguna ron 95 mempunyai subsidi yang dijamin kerajaan tetapi harga belian mereka tidaklah tetap. Ia boleh menjadi murah pada masa tertentu dan menjadi lebih mahal pada masa-masa lain bergantung kepada harga pasaran ron 95 ketika itu.

Katakanlah, pada bulan Jun 2019, harga ron 95 ialah rm3 seliter, mereka perlu membayar rm2.70 seliter, 30 sen lebih murah berbanding yang tidak mempunyai subsidi.

Dan katakanlah pada bulan September 2019, harga ron 95 ialah 4.20 seliter, maka mereka perlu membayar rm3.90 seliter meskipun mempunyai subsidi 30 sen seliter, harga minyak ketika itu masih dianggap mahal. 

Mekanisme yang digunakan oleh kerajaan ini juga berbeza dengan apa yang pernah dirancangkan oleh Rafizi Ramli semasa berkempen PRU 14 hari itu. - 3 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...