Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Julai 2011

Hot : Astro VS Menteri : Mana satu betul neh?

Aku sokong menteri dalam isu neh. Kalau menteri kata astro takley naik harga, maka astro memang tak boleh naik harga. Tapi sekarang astro telah mendedahkan sesuatu rahsia. Mungkin sebab astro dah marah. WOW.. 

Sebelum neh disini ;

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.


Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

” Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.

Menjelaskan maksud ‘tindakan sewajarnya’, Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.-mynewshub-

Ikut kenyataan kat atas neh ;

1. Astro takley naik harga sebab di bawah kawalan skmm

2. Kalau nak naik harga kena tunggu kelulusan skmm

3. Selagi skmm tak lulus maka sampai bila2 pun astro takley bertindak.

Maksudnya astro = di bawah kawalan kementerian rais. Bagus. Rais sudah bersuara dan aku suka. Kenyataan penuh rais ada disini. Boleh baca sendiri.

Dan, baru sebentar tadi astro membalas kenyataan rais di atas neh. Baru je beb. Korang nak tahu apa? Meh baca bawah ;

“Asro ingin merujuk kenyataan Menteri berkaitan  kajian semula harga yang dijalankan adalah selepas konsultasi atau rundingan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) dan syarat perlesenan.

Maksudnya apa neh?

Maksudnya astro cakap lebih kurang gini dalam ayat slumber  ;

Woit mangkuk, kalau bukan ko yang luluskan hari tue time kita bincang2 takde lah aku naikkan harga pakej. Sesedap mulut ko je blame aku siap nak hukum2 lagi padahal ko gak yang luluskan permohonan aku. Dah lulus, cakap banyak, jadikan aku kambing hitam pula.

Lebih kurang gitulah maksudnya. Kenyataan penuh disini.

kah kah kah

Arhh sudah. Kantoi. Tapi aku tak peduli. Yang aku peduli harga astro jangan di naikkan waima satusen pun. Okeyh? Korang nak gaduh? Gaduhlah. Janji jangan libat duit aku sudah.

kah kah kah

Ameno : skmm lupa nak bagitau rais yang dorang dah luluskan usul kenaikan astro lew tew.. 



Share this

0 Comment to " Hot : Astro VS Menteri : Mana satu betul neh? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...