Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Jun 2011

Peserta perhimpunan 1belia dibayar?

Aku dapat maklumat daripada member aku yang mana sedara dia orang umno. Aku nak tulis kat sini bagi mencari serba sedikit maklumat samada benar ataupun tidak benar apa yang dia kisahkan kepada aku neh. Sepertimana yang kita semua tahu perhimpunan 1juta belia yang diadakan di putrajaya baru2 neh oleh najib dihadiri oleh ramai orang. Errr ramai ke? Hahaha.. Abaikan itu. Tapi still ada orang kan? 


Dan dari apa yang dia bagitau aku ialah ;


1. Ahli umno "digalakkan" hadiri perhimpunan 1juta belia di putrajaya.


2. Galakan diberikan dengan bentuk bayaran tambang pergi balik + makan + wang tunai rm20.00


3. RM20.00 tidak mencukupi, ini lah yang di complaintkan oleh belia-belia umno yang 'digalakkan' untuk berhimpun kat perhimpunan 1 juta belia tersebut.


Bagi aku kalau kita dibayar untuk menghadiri satu2 event memang lah sedikit pelik. Kenapa perlu membayar untuk "kehadiran" kita di sana? Kenapa nak bagi nampak sangat seolah-olah event tue mendapat sambutan yang luarbiasa?


Tetapi dalam satu hal yang lain pula aku melihat perkara bayaran neh tidak semesti negatif. Ianya boleh dilihat secara positif juga. Andai benar mereka dibayar untuk menyertai perhimpunan neh sudah tentu lah ia bersebab. Contoh, kata kan lah mereka nak pergi tapi tak mampu sebab tiada bajet, macam mana? So, ini boleh di anggap sebagai salah satu galakan yang baik juga. Cuma nya sayang himpunan neh tidak mendapat sasaran yang ditetapkan. Nama 1juta belia itu kurang sesuai. Waima kempen neh juga kurang sesuai. Andai najib sudi nak cedok idea aku, maka aku cadangkan ;


1. Daripada ko sibuk buat himpunan segala bagai, baik ko keluarkan modal agar belia2 yang tersasar dibaikpulih. Berapa ramai anak2 muda yang merempit, membohsia dan segala bagai? Semua neh muka2 melayu. Pelbagai rancangan + undang2 boleh dibuat untuk perangi mereka, cuma nak dengan taknak je. Contohnya buat kelas kaunseling. Cari belia2 yang bermasalah. Dekati mereka, kaji mereka, kenapa mereka tersasar, tiada halatuju, malas bekerja. Kadang2 masalah keluarga, masalah tempat kerja ke, kalau tak pandai deal boleh merosakkan individu sehingga mereka terjebak dalam kancah sosial.


2. Buat program dan jelajah lah dari satu negeri ke satu negeri. untuk lakukan survey. Sebenarnya berbeza negeri berbeza masalah dan punca kepada masalah. Belum tentu masalah sosial yang dihadapi oleh belia2 di kl sama seperti belia2 di perak dan begitulah sebaliknya. Survey = suara rakyat. Dan suara rakyat yang berbeza latar belakang, negeri, cara kehidupan berbeza juga cara nak atasi masalah2 mereka neh. Pendek kata lain negeri lain cara. Contohnya, di kl mungkin belia2 terdedah dengan kesibukan sampai tiada masa nak menggunakan pusat2 sukan tapi di kampung2 yg mana mereka perlu kepada pusat2 sukan, ia tiada. Pendek kata kehidupan belia2 di kampung ter amatlah sadis. Perpustakaan pun belum tentu wujud di sesetengah tempat. Kalau sabah dan sarawak tue jangan cakap lah. Pembangunan ala bn memang begitu.


3. Daripada buat kempen iklan 1malaysia kan, baik buat kempen iklan perangi bohsia ke pelacur ke apa ke. Bagi lah satu jalan cerita yang sadis + pedas + sedih supaya geng2 pelacur + bohsia bila tertengok iklan tue rasa lah sedikit insaf ke sedar diri ke. Dan jangan lupa buat lah juga iklan2 solat. Kita boleh tengok najib boleh labur berjuta2 ringgit utk promote 1malaysia segala bagai, tapi untuk iklan2 solat dia tak mampu nak buat ke? Besar pahala nya buat iklan2 mengingati solat. Iklan2 solat tak semesti sebelum dan selepas waktu solat je. Ia boleh dimainkan setiap jam kalau kerajaan mahu. Belia2 malaysia fuhh solat.. fuuhh.. Allah swt je tahu.


Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau najib boleh kumpulkan suara orang ramai pelbagai idea2 bernas boleh kita dapati. Tapi masalahnya pemimpin malaysia neh syok sendiri. Asyik2 nak naikkan imej sendiri jek.  Sendiri buat program, sendiri puji, sendiri bangga dan sendiri rasa cemerlang. Yang rakyat terpinga2 satu haramjadah pun tak faham. Bukan susah pun nak jumpa rakyat tanya apa kemahuan mereka. Takan datang bawa kpop je dah boleh settle masalah2 belia kat malaysia neh? Heh. Sekian


Ameno  : . pemimpin gila persepsi

Share this

0 Comment to " Peserta perhimpunan 1belia dibayar? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...