Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Jun 2013

PAS Tarik Balik Keputusan, Umum Sokong Perhimpunan 15 June.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.
 
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.



Pening aku.

Kejap tak setuju. Kang kejap setuju pula. Kejap kang berbalah. Kang kejap bergaduh plak. Semua pun nak buat depan media. Bila orang dah pongpang2 bercakap, bertelagah sesama sendiri, perli2, sindir2 kang mula la ubah statement.

Masing2 ada perangai masing2.

Tak faham aku. 

Tapi kali neh dah setuju sebulat suara, lepas neh tak payah la nak bertekak2 lagi sesama sendiri. Sejak2 Harun Taib kata NO to himpunan, sesama penyokong PAS pun bergaduh, apatah lagi sesama penyokong PR. Sindir menyindir tak kurang juga.

Tapi aku tak kata la perbuatan itu tak betul ke apa. Tidak la aku menilai benda2 gitu. Buang masa aku je kot nak selidik perangai sorang2 then letak hukum. Gile apa.

Cuma aku berharap lainkali pemimpin lebih 'mahir bertindak' sebelum keluarkan apa2 kenyataan. Sebelum kita biarkan mulut kita berbicara depan press, kita fikir masak2 dulu. Adakah statement2 kita neh akan mengundang pertikaikan penyokong2 kita?

Adakah statement2 kita akan menyebabkan salah faham sesama parti komponen?

Adakah statement2 kita sepatutnya melalui frasa perbincangan di bilik mesyuarat sebelum boleh putuskan sesuatu?

Neh je la aku nak ulas. Sejak2 akhir neh aku tengok sesama pemimpin baik PR dan BN masing2 saling serang menyerang sesama sendiri. Adakah kerana pemilihan parti masing2? Adakah kerana baru lepas PRU maka ini la masa terbaik nak cantas sesama sendiri dan lepaskan geram?

Entahla. 

Lue fikirlah sendiri.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...