Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Jun 2013

Terkini : Perhimpunan 15 June Di Tunda Ke 22 June.

 
 
 
 1h
Tarikh 15Jun akan ditukar ke 22Jun .... Rakyat tunggu pengumuman rasmi  

Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya.
Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti.
Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, keengganan DBKL berbuat demikian bakal menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain turun ke Dataran Merdeka pada 15 Jun nanti.
“Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu.
“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen.
“Katakanlah kita dah cukup berunding, tetapi sekiranya kamu masih bermain, tidak mahu beri gunakan Padang Merbok, kami minta maaf kalau rakyat mengadakan protes dengan lebih besar lagi di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi TV Selangor.

Rujukan :  http://www.selangorku.com/?p=29470

https://twitter.com/chegubard 

Kalau dilihat dari twitter terkini Chegu Bard nampak macam yakin sangat nak tunda tarikh. Tapi kalau di baca dari laman portal Selangorku, nampak macam masih berkira2 akan penukaran tarikh. Pendapat aku, korang as AJK kena keluarkan statement rasmi dengan cepat supaya tak mengelirukan orang ramai.

15 June atau 22 June?

Pendapat aku yang pratikalnya ialah 22 June. Dan lebih pratikal kalau ahli2 parlimen yang menang dalam PRU yang lepas tidak hadir sebagai penceramah. Korang bagi jek mike2 korang tue rakyat awam. Biar depa pula melalak atas pentas tue. Meluahkan apa yang rakyat marhaen rasa selama neh.

Suara2 korang kita orang dah selalu dengar. Dah faham sangat apa yang korang ingin sampaikan. Cuba sekali sekala tue, bagi plak rakyat marhaen melalak atas pentas. Rasanya bagi peluang pada 5,6 orang rakyat marhaen tak menjejaskan apa2 kot?

Hehe.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...