Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Julai 2019

Mujahid Tak Reti Guna Kalkulator? Ini Fakta Sebenar Perbezaan Kos Operasi TH Tahun 2018 & 2019.

POLITIK | Menteri Agama Mujahid Rawa dituduh bodoh matematik apabila didakwa tidak pandai membuat kira-kira kerana membuat kenyataan di Parlimen bahawanya Pakatan Harapan berjaya menjimatkan kos pengurusan sebanyak RM58j selepas mengambilalih pengurusan Tabung Haji.

Mujahid dikecam kerana sengaja melakukan manipulasi informasi kerana jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun 2018 ialah sebanyak 40,200 orang dicampur sekali dengan kuota tambahan dakwa kenyataan itu.


Dan berikut adalah penjelasan Kementerian Agama berkaitan dakwaan yang tular itu;

👉 Kos operasi pada suku pertama tahun 2018 ialah RM262j dan ini melibatkan jumlah jemaah sebanyak : 30,200.

👉 Kos operasi pada suku pertama tahun 2019 ialah RM204j dan ini melibatkan jumlah jemaah sebanyak : 30,200.

👉 Terdapat penjimatan sebanyak RM58j.

👉 Jumlah kuota tambahan tidak termasuk dalam kedua-dua kos di atas kerana mengikut amalan Tabung Haji, kos yang membabitkan kuota tambahan jemaah Tabung Haji sebanyak 10,000 akan dimasukkan dalam kos operasi Tabung Haji suku kedua.

Berdasarkan data dan statistik Tabung Haji, meskipun kos subsidi jemaah Tabung Haji telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2018, kesan dari perlaksanaan VAT oleh kerajaan Arab Saudi, kerajaan masih mengekalkan prinsip untuk tidak menaikkan bayaran haji per jemaah.

Bayaran haji per jemaah kali pertama ketika ini ialah RM9,980.

Kos subsidi per jemaah pada tahun 2018 : RM12,470
Kos subsidi per jemaah pada tahun 2019 : RM12,920

Jumlah subsidi pada tahun 2018 : RM400j
Jumlah anggaran subsidi pada tahun 2019 : RM400j ++ 

Demikian penjelasan itu. - 3 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...