Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Julai 2019

Diskriminasi Kaum Berhubung Pembayaran Yuran Di Institut Latihan Perindustrian, Ini Jawapan Kementerian.

KENYATAAN MEDIA | Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil perhatian berkenaan isu penularan
pengecualian bayaran keperluan bagi Pelajar baharu Belia India semasa pendaftaran di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Sesi Julai 2019 khususnya di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak pada 1 Julai 2019.


Penjelasan oleh KSM adalah seperti berikut :




Program Inisiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) Tahun 2019.

- Bajet 2019 telah menyediakan peruntukan khas kepada KSM berjumlah RM5 juta bagi tujuan menambah penyertaan bilangan Belia India untuk menyertai bidang Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) dimana jumlah pelajar yang disasarkan adalah seramai 2,000 orang. Peruntukan ini akan disalurkan kepada Akaun Amanah setiap ILJTM yang terlibat dimana jumlah yang akan disalurkan kepada JTM berjumlah RM3.5 juta;


- Dalam melaksanakan program ini, ILJTM akan menjalankan Kursus Jangka Panjang (Sijil dan Diploma), Kursus Jangka Pendek (customised dan modular), Ujian Kecenderungan Kemahiran (UKK) dan Kursus Pra-sijil;


- Bagi kursus jangka panjang, bayaran keperluan sahaja yang dikecualikan bagi Pelajar baharu Belia India (Diploma dan Sijil) tetapi Pelajar Belia India masih perlu memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk mengikuti program
Diploma sepenuh masa. Pelaksanaan kursus Sijil adalah percuma kerana Kerajaan menanggung keseluruhan kos seperti Elaun Saku, Makan / Minum, Asrama dan Bahan Latihan;


- Sehingga 1 Julai 2019, seramai 356 pelajar Belia India telah menjalani kursus jangka pendek (KJP) dan dijangkakan seramai 218 pelajar Belia India baharu akan mendaftar untuk kursus sepenuh masa (Diploma dan Sijil) bagi sesi Julai 2019 berbanding keseluruhan anggaran pengambilan pelajar baharu seramai 5,540 pelajar. 


Program Latihan Kemahiran Belia India 2013 – 2015

- Program Inisiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) Tahun 2019 ini bukan pertama kali dilaksanakan oleh Kerajaan;


- Program seumpama ini pernah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu menerusi KSM pada tahun 2013 sehingga 2015 dengan melibatkan agensi TVET dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS);


- Peruntukan khas berjumlah RM11.6 juta telah disediakan bagi meningkatkan penyertaan Belia India dalam program TVET dimana keseluruhan kos dibiayai oleh Kerajaan seperti Elaun Saku, Makan/Minum, Asrama, Bahan Latihan termasuk yuran pengajian di peringkat Diploma ;


- Seramai 671 pelajar Belia India telah mendaftar di ILJTM untuk program ini dan seramai 545 orang telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Pengecualian Bayaran Keperluan bagi Pelajar baharu
 

- KSM sedang didalam proses untuk mendapatkan kelulusan bagi pengecualian bayaran keperluan di ILJTM kepada golongan pelajar dikalangan keluarga B40, pelajar Belia Orang Asli selain daripada pelajar Belia India. - 3 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...