Sabtu, 17 Mac 2018

Penjelasan Rizal Mansor Isu Rosmah Paksa Kanak-Kanak Autisme Cium Pipinya.

Pegawai Khas Kepada Datin Seri Rosmah Mansur, Rizal Mansor kesal dengan tindakan segilintir penyokong pembangkang yang menyebarkan satu video membabitkan Rosmah dan seorang kanak-kanak tanpa usul periksa di laman sosial sejak semalam. 


Page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad (SSTDM) yang menyebarkan video itu dengan membayangkan seolah-olah kanak-kanak itu enggan membenarkan Rosmah mencium pipinya.

"Sebuah video yang disebarkan oleh laman facebook ‘Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad’ menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak enggan membenarkan DS Rosmah mencium pipinya. Pada ketika ini, video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi dan ribuan kongsian telah dibuat," katanya.



Menurut Rizal, kanak-kanak itu yang dikenali dengan nama Izz sebenarnya ialah seorang autisme dan cara kanak-kanak autisme berkomunikasi sebenarnya berbeza dengan kanak-kanak biasa yang lainnya.
 

"Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Izz merupakan seorang anak autisme yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah matematik dan kimia pada usia hanya 6 tahun. Kepintaran Izz telah membolehkan dia untuk masuk ke Pusat PERMATA Pintar, sebuah pusat untuk anak-anak pintar yang diilhamkan oleh DS Rosmah. Kelmarin, DS Rosmah telah meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan Izz di PERMATA Pintar. Pada usia 6 tahun, Izz merupakan pelajar paling kecil di pusat itu memandangkan rata-rata pelajar berusia belasan tahun.

Anak-anak autisme tidak seperti kanak-kanak yang biasa, mereka mempunyai telatah dan cara mereka tersendiri. Ramai di antara mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan dari ahli keluarga mereka. Jadi tidak hairanlah Izz agak malu apabila bersama dengan DS Rosmah,"
jelasnya.

Rizal yang juga kesal dengan pihak yang mempolitikkan isu ini berkata tindakan memperlekehkan Rosmah secara tidak langsung sebenarnya seperti menghina kanak-kanak autisme.


"Tetapi apa yang dikesalkan adalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan situasi ini. Seolah-olah tidak ada hormat dan sedikitpun rasa simpati terhadap kanak-kanak autisme. Siang malam hanya memikirkan soal bahan yang boleh dimuatnaik untuk dijadikan cerita politik dan bahan cercaan. Sepatutnya apa yang diraikan adalah kisah kepintaran Izz sehingga mampu menjadi pelajar di Pusat PERMATA Pintar.

Berlainan dengan mereka di sebelah sana yang sibuk mencaci dan mencerca, DS Rosmah pula telah berusaha menubuhkan pusat PERMATA Kurnia untuk membantu anak-anak autisme. Pusat PERMATA Pintar pula ditubuhkan untuk mendidik anak-anak pintar yang akan menjadi aset negara pada masa hadapan. Inilah perbezaan antara kita dan mereka.

Mereka yang telah ‘share’ video tersebut, eloklah bermuhasabah diri dan padam kembali. Anda seolah-olah telah menghina anak-anak autisme, lebih-lebih lagi anak yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti Izz,"
katanya lanjut.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...