Jumaat, 16 Mac 2018

21 Pelajar Tahfiz Di Kuantan Diliwat, Penjenayah Perlu Dikenakan Hukuman Tegas Kata MP.

Oleh : Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan.

SAYA kesal dan sangat terkejut dengan perkabaran mengenai insiden yang berlaku di salah sebuah maahad tahfiz di Kuantan yang didedahkan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini.



Kesal, marah dan sangat sedih apabila ia melibatkan juga pelajar pelajar tahfiz di situ yang sedang mendalami ilmu agama.

Mereka diperdayakan dan dipergunakan bagi melepaskan nafsu salah seorang sukarelawan yang dikatakan aktif di situ dalam menyumbang kepada maahad tahfiz itu.

Kepercayaan dan amanah yang diberi oleh pihak maahad tafiz disalahgunakan oleh penjenayah tersebut.

Kanak-kanak memang mudah memberi kepercayaan kepada seseorang yang dilihat sebagai sahabat dan tambahan banyak pula membantu sekolah mereka.

Saya menggesa pihak berkuasa supaya memberikan hukuman yang berat serta setimpal kepada mereka yang terlibat dalam jenayah ini.

Saya juga memohon supaya pihak berwajib dapat memberikan kaunseling kepada pelajar tahfiz yang terlibat serta keluarga mereka yang pastinya mengalami trauma serta gangguan emosi dan juga dibelenggu perasaan malu dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka.

Semoga agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan institusi pendidikan serta NGO dalam menangani permasalahan ini supaya ia tidak merebak dan menjadi jenayah yang sangat teruk dimasa hadapan

Sebelum ini, kita juga banyak dihidangkan dengan kes-kes sebegini yang berlaku sehingga ada yang menyebabkan kematian kepada mangsa terlibat.

Bagi saya ia merupakan jenayah yang kejam dan perlu dibasmi segera supaya tidak menular dengan lebih besar di kalangan masyarakat.

Mungkin juga disebabkan pengajian di sana banyak tertumpu kepada hafazan dan agama 100% dan pelajar tahfiz tidak didedahkan dengan subjek yang membolehkan mereka memahami ilmu dunia dan persekitaran serta memahami isu semasa yang boleh membantu menggelakkan diri daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Sekiranya benar mungkin perkara ini boleh diperbaiki.

Sekali lagi saya tegaskan perasaan kesal serta marah saya dan saya ingin melihat anak-anak kita yang lain terlindung daripada menjadi mangsa di masa hadapan.

Sama-sama kita bina semula negara kita.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...